Sunday 5 May 2024

Beraya Lagi @ 25 Syawal

Rezeki hujung² Syawal, penuh jemputan beraya hujung minggu ni alhamdulillah. 

Hari Sabtu ada beberapa jemputan; 

1. Open House Surau


Hujan masa ni tapi gigih juga berpayung ke surau. Walid bertugas jadi kita bagilah moral support hihi.... 

Anak² ambik Nasi Hujan Panas, Ummi ambil lemang + rendang. Pulut kuning, sate kongsi² je... 

2. Open House Ustazah

Ustazah R, jiran sebelah rumah kami dulu jemput ke rumah depa di Sg Buloh. Dari Sri Gombak ke SB sejam pergi, sejam balik. Jalan sesak sebab ramai masih beraya :D 

Kawasan orang have² :D 

2x repeat Agar² Santan & Agar² Sirap lejen ni. Ustazah sendiri buat agaknya, rasa sedap macam airtangan orang tua²... 

Rapat dengan Ustazah jadi memang santai je la budak² ni pun...makan sambil layan movie... Masa nak balik tu Cik Leha & Cik Ana sampai. Sambung lagi sembang :D 

Adik tumpang bergambar depan rumah cantik ni... Seronok kejiranan ni, tak crowded. 

3. Open House Uncle Shah

Shaq hantar invitation ni, utk kawan² sekelas dia. US pun ada PM Walid. Ummi & gegirls tak pergi, sampai rumah pun dah dekat pukul 7. Walid je singgah tunjuk muka sebelum pergi surau. Kakak dah pergi beraya dah di rumah US sebelum ni jadi tak ralat sangatlah walaupun tak pergi. 

Ikutkan Walid ada 2-3 jemputan lagi dari surau² berdekatan, tapi dah ada AJK lain pergi, ada wakil oklah. 

Alhamdulillah atas rezeki dari-Nya. 








16 comments:

  1. agar2 sirap tu ldy suka...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. dapat menyantuni jemputan jamuan raya.
    Seronok tuan rumah bila tetamu yang dijemput dapat hadir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak.
      Cumanya kadang jam teruk tu yg tak tahan hihi...

      Delete
  3. kl raya sebulan...mmg tiap2 minggu ada jemputan open house cuma sempat or tk je nk pegi sbb jln jammed kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kami pun setakat yg mampu je. Terikat juga dgn jadual anak² sebenarnya.

      Delete
  4. Alhamdulillah rezeki jangan ditolak.

    ReplyDelete
  5. seronok dapat menyantuni majlis rumah terbuka, SA banyak tolak sebab x sihat...terbaring dari Khamis sampai semalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki orang jemput :)
      Moga baik² saja ye SA 🤲

      Delete
  6. Salam Puan Hazel. salam kenal di alam maya dan jugak di alam realiti dh kenal semlm heheh :) cute jer nama Hazel tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq MZ, sudi singgah 🌹
      Moga ukhuwah kita kekal terjalin.

      Delete
  7. Gambar 2nd last tu tinggi dan besar rumahnya PH. Mengagumi rumah besar2 ni......murah rezeki mereka.....open house kat sini pun pergi sebab hubby bertugas. Kita datang support kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3-storey Ezna itu yg nmpk tinggi.
      Sama, suka tengok rumah besar² & cantik...

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Saya salut karena di sana dah mendekati Syawal akhir tp masih ramai buka jamuan. Di sini ramai hanya raya 1-7 maksimal. Lepas tuh bye.. orang2 dah sibuk kerja lagi. Kalo di kampung papa mungkin msh ramai. Tapi jakarta jangan harap lah ,😅

    ReplyDelete