Wednesday 15 May 2024

Resepi ~ Bihun Goreng Chinese Style

Ummi memang suka makan bihun goreng. Tak kisah apa cara pun asalkan bihun goreng memang sentiasa jadi pilihan Ummi. 

Kali ni Ummi cuba buat Bihun Goreng Chinese Style pula. 

Bihun Goreng Chinese Style 
Sumber: KzKasim

Bahan-Bahan:
Bihun secukupnya - Ummi rendam dalam air biasa, biarkan semalaman 
2 butir telur - dikocok 
Udang - dikopek kulit
Isi ayam 
Fish cake - dihiris nipis 
Bawang besar - dihiris 
Bawang putih - dicincang halus
Tauge
Kucai - ganti dgn sawi 

Bahan-Bahan Sos:
Sos cili
Sos tiram 
Kicap cair
Serbuk perasa
Serbuk lada putih
Sos ikan 
Air sikit 

#Satukan semua bahan sos di dalam mangkuk dan kacau sebati. Ketepikan. 

Cara Penyediaan:
1. Panaskan sedikit saja minyak dan masukkan telur. Goreng telur menjadi scrambled eggs
2. Masukkan udang, ayam dan fish cake
3. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Goreng hingga bawang layu dan ayam & udang masak. Tutup api. 
4. Toskan bihun dan masukkan ke dalam kuali
5. Masukkan juga bahan sos tadi. Gaul sebati semuanya baru buka semula api (medium heat)
6. Kaup balik bihun hingga lembut (ikutkan kena guna chopsticks untuk toss the bihun tapi Ummi tak reti) 

7. Masukkan tauge dan kucai/sawi. Gaul sebati dan sesuaikan rasa. Tutup api. Siap! 

Selamat mencuba 🤗 


15 comments:

  1. sedapnya bihun! always my fav!

    ReplyDelete
  2. always Ana punya feveret jugak! hehehe

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak masak bihun goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena masak la gitu tuan 😁
      Terima kasih sudi bertandang

      Delete
  4. Pagi semalam dgn pagi ni pun saya goreng bihun jugak sbb anak2 suka bihun goreng.

    ReplyDelete
  5. Lama rasanya x masak bihun goreng...

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap dan menyelerakan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ikut tekak PH sedap la SR :D

      Delete
  7. Resipi yang menarik sebab memang suka bihun pun.

    ReplyDelete
  8. stok mihun memang kena sentiasa ada kat rumah ni. kadang buat sarapan, kadang makan malam... kadang orang datang tanpa plan, memang kena jamu bihun aje la...

    ReplyDelete
  9. Saya suka bihun yg tak terlalu banyak pakai kecap seperti ini. Cendrung putih atau pucat. Lebih sesuai juga dengan selera saya

    ReplyDelete
  10. kan...kalau tengok chinese masak sempoi je gaul2 pakai chopstick...ammi kalau pakai pun ntah kemana bersepahnya mihun tu nanti

    ReplyDelete