Thursday 2 May 2024

Homestay Rumah Seri Bayu, Baling, Kedah

Balik beraya di kampung Ummi tempohari kami menginap di Rumah Seri Bayu yang letaknya tak jauh dari Lata Bayu, air terjun yang terkenal di Kedah. 

Cantik rumahnya, banglo setingkat dalam suasana kampung. 

Ada 2 unit studio/bilik bersebelahan. Kami pilih rumah sebab ada kemudahan memasak dll. Ummi  tak masak pun (eh, ada sekali masak nasi, guna PC sendiri) tapi ada dapur ni senang sikit.  Nak makan pun proper sebab ada meja makan, pinggan mangkuk, peti ais dsbnya. Fully furnished. Rumah ni pun ada 2 bilik, sesuailah untuk kami yang ada anak remaja. 

Lawa homestay ni. Banyak port nak OOTD :D 
Actually petang raya kedua  tu ada juga kami perasan ada budak² muda, mungkin orang situ dok OOTD 😁 Dengarnya owner pun orang kampung ni juga tapi menetap di luar. Rumah keluarga ada di belakang homestay ni. Mungkin homestay ni dibina atas tanah keluarga juga. 

Kadar sewaan. 

Alhamdulillah secara keseluruhan kami puashati stay di sini. Owner pun baik, bagi kami extend sampai lepas Jumaat masa checked out. Minta keluar lewat sikit sebab Walid dan boys nak solat Jumaat dan Ummi & girls pun bolehlah solat dan bersiap² sebelum ke reunion sekolah rendah Ummi tu. 

Terima kasih daun keladi, ada rezeki jumpa lagi. 

Homestay Rumah Seri Bayu 
Lata Bayu 
09100 Baling 
Kedah Darul Aman



7 comments:

  1. Sukaaa sangat warna tembok rumahnya 😍😍😍👍. Cantik dan nampak lembut. Kombinasi putih pula. Memang bagus utk background foto

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Very nice & outstanding color esp when photographed.

      Delete
  2. Akhir Februari lepas kami singgah Baling bermalam di chalet (lupa nama) sebelahnya Lata Bayu. Sempat berendam dalam sungai di belakang chalet.

    ReplyDelete
  3. Cantik dan bersih homestay ni 👍🏻

    ReplyDelete
  4. Cantik betul homestaynya..harga pun murah juga tu..

    ReplyDelete