Thursday 16 May 2024

Selamat Hari Guru 🌹

Besar ganjaran untuk mereka yang bergelar pendidik 👍 Ibu ayah pun dikira guru juga kan? Mudah-mudahan usaha, penat lelah kita mendidik anak² beroleh redha Allah SWT. 

Adik beradik Ummi takde yang jadi guru, yang pernah bercita² nak jadi guru ada iaitu Ummi :D Lepas SPM arwah Tok suruh Ummi isi borang masuk maktab. Ummi pun isi. Tapi dapat panggilan ke U, Ummi pilih U. 

Lepas tu ada program Kursus Pengajian Lepasan Ijazah (KPLI), kementerian buat dgn objektif utama untuk cari guru Bahasa Inggeris tak silap. Ramai kawan² Ummi apply termasuk Ummi. Dapat panggilan untuk ambil exam bertulis di sebuah sekolah di Alor Star. Ummi dah kahwin masa ni, baru je. Balik kampung dengan Walid naik bas (belum mampu beli kereta), sampai di Jitra arwah Pak Mat Gyver jemput kami sebab Tok Umi dan ahli keluarga lain dah ke JB untuk convo Paksu. 

Salah satu soalan dalam exam paper tu berbunyi, "Apakah pandangan anda terhadap seorang lelaki berambut panjang" something like that ... Adalah pilihan jawapannya A, B , C & D. Ummi pilih jawapan yang berambut panjang tak semestinya tak berdisiplin. Jujur haha... Bila sembang² dgn Tok Umi (pesara guru),  patutnya Ummi kena pilih jawapan dari perspektif guru kata Tok Umi. Bila murid lelaki berambut panjang mestilah tak ikut peraturan sekolah, langgar disiplin la kan... Soalan tu tak tulis pun murid :p 

Tema Hari Guru 2024.

Sudi²-lah cikgu² terima hadiah yang tak seberapanya dari Adik & Kakak... 

Pen merah pen biru 
You marah ILU :p

Terima kasih cikgu² 🌹

16 comments:

  1. MY 3 kali test untuk KPLI, semua gagal. tu maknanya memang tak layak jadi guru la kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kita geng la kalau gitu. PH sekali kena reject tak apply dah, majuk haha 😂

      Delete
  2. Zaman Linda pernah sekali je test KPLI.. Lepas tu terus dimansuhkan... Sekrg je baru on balik DPLI tu... KPLI ke DPLI ye?
    Tp pernah lah jadi cikgu ganti 6bulan direct...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman Akk KPLI = Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
      Wah menarik tu jadi cg ganti. Akk teringin nak jadi tapi tak pernah ada peluang 😁

      Delete
  3. Cute2 nya hadiah tuuu😍🤩🎁

    ReplyDelete
  4. Besar betul reben tu, menarik!

    ReplyDelete
  5. saya tahun ni relax tak ada fikir hadiah hari guru tak ada busy fikir menu potluck jamuan raya...tapi rasa rindu pula nak kelamkabut haha

    ReplyDelete
  6. Saya pun dah tempah hadiah untuk guru2 anak saya. Majlis sambutan pada 24/5/24 hari akhir sebelum cuti sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya tuan siap tempah hadiah utk cikgu² anak 👍

      Delete
  7. Saya kemarin tuh sempat heran juga kenapa cepat sangat hari guru lagi. Ternyata memang beda tgl hari guru Malaysia dan Indonesia 😅. Di sini 25 NOV. Duluuu sangat saya sempat mau jadi guru. Tapi akhirnya sadar diri, saya tak sabar orangnya, susah nak mengajar orang lain 😅. Akhirnya switch cita2 menjadi yg lain 🤭

    ReplyDelete
  8. kalau pandangan ammi terhadap lelaki berambut panjang ... "ahhhh ganteng banget" hahahah. Tak pernah ada cita-cita jadi guru pun dulu

    ReplyDelete