25.5.2024 I Sabtu
Alhamdulillah rezeki hari pertama cuti sekolah dapat undangan ke majlis perkahwinan anak lelaki Tn Hj Nik, rakan sekerja Walid.
Majlis diadakan di Sugeh Resort Kuang. Tapi di signboard ni Sugeh Chalet Sg Buloh. Tempat yang sama je.
Keluar rumah pukul 1 t/hari sebab sebelah paginya Walid ada appointment ni Pusrawi. Trafik menghala Tol Gombak dah mula sesak.
Kami pun pukul 2.15 ptg baru sampai di tempat kenduri. Sejam lebih nak ke sini 🙆
Lauk pauk yang disediakan semuanya sedap sangat. Dewan ni pun cantik dan selesa. Ada surau dan bilik air bersebelahan dewan.
Kawasan sekitar ni penuh dengan kehijauan...
Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai dan tahniah buat THN dan keluarga atas kehadiran ahli keluarga baru.
Terima kasih atas jemputannya 🌹
Tempat AS ke ni? Cantik tempatnya, mesti tambah sedap makan kenduri.
ReplyDeleteAah SK, AS punya.
DeleteAlhamdulillah sedap² lauknya 😋
Nampak macam lauk daging masak hitam tu 😋
ReplyDeleteYe betul 😋
DeleteTahniah buat mempelai dan keluarga.
ReplyDeleteMenarik tempatnya
Terima kasih Wak
DeleteMenarik Wak, ada pelbagai kemudahan
oh sugeh resort ada tmpt utk wedding juga...biasa tgk alif syukri share tmpt penginapan....selamat pengantin baru utk mempelai
ReplyDeleteAda, Dewan Melatee tak silap namanya... Yg chalet tu kitorang tak tengok pula sbb malas nak jalan ke dalam. Kereta terpaksa parking di jalan besar sbb parking penuh.
DeleteHaah En Nik punya menantu yang pertamakalau x salah..x smeua yang dijemput..SA pun jauh x dapat pergi...selamat pengantin baru...
ReplyDeleteYe, menantu sulong dengarnya.
DeleteDept EH pun 4 org je dijemput. Alhamdulillah ada kelapangan utk kami hadir
Musim cuti sekolah ni, ramai yang buat kenduri kawin.
ReplyDeleteBetul tu.... Alhamdulillah kami pun byk jemputan termasuk bulan depan pun ada juga
Deletemenarik nya wedding buat kat resort gini
ReplyDeleteYe MZ, tempat cantik dan parking pun luas ...
DeleteCantiknya laluan ke chalet tu.. cool je.
ReplyDeleteCantiiik buah tangannya. Itu piring kan kak? Motifnya saya suka 👍. Apa arti Sugeh ini? Saya LGS ingat bahasa Jawa. Kalo di BHS Jawa sugih atau Sugeh artinya kaya
ReplyDelete