Sunday 15 January 2023

Anak4 Exam

Minggu lepas dan minggu ni minggu yang stress :( Keempat-empatnya ada exam, sampai Khamis ni utk Abang. Adik dah setel. Angah esok last. Kakak Rabu last, PSV je... Jumaat la kot Ummi baru boleh tarik nafas :) 


Tak kisahlah apa peringkat pun, dari yang tadika hingga yang sekolah menengah risau je Ummi kalau depa ada exam.

Bak kata gynea Ummi dulu, "selagi bernama ibu bapa, selagi itu kita akan risau akan hal anak-anak. Sy pun stress kalau anak-anak exam". 

Ok, I'm not alone ✌️

Exam Math Angah 

Baru Ummi tau namanya protraktor  Dulu kami panggil pembaris bulat ja :D 

Hanya dorongan, sokongan dan doa yang putus-putus Ummi boleh bagi. Ada kelas online yang sesuai, Ummi masukkan. Biasanya yang one-off. Yang kena commit eveyy day (at nights mostly) Ummi tak ambil sebab tahu anak2 penat dah. Bangun seawal 5.30 pagi, Asar baru sampai rumah, kadang lebih lewat. Petang jika ada masa nak jugak keluar main dengan kawan-kawan. Bab main ni Ummi tak halang sebab mereka juga perlukan keseimbangan dan hilangkan tekanan. 

Untuk anak4 Ummi, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya 💪

5 comments:

  1. Moga Allah permudahkan anak-anak PH menghadapi peperiksaan.
    Saya dah lupa dulu panggil apa pembaris separa bulat tu 😄

    ReplyDelete
  2. moga dipermudahkan semuanya untuk anak2..dapat jawab soalan sebaik2nya...Pia pun dah start exam hari ni

    ReplyDelete
  3. Saya yang jaga anak buahpun pening mengajar apatah ibubapa yang kena pantau pelajaran anak 100%. Tabik spring.

    ReplyDelete
  4. Semoga Allah terangkan hati, lapangkan dada dan mudahkan urusan anak2 menduduki peperiksaan. Moga beroleh keputusan yang cemerlang hendaknya..

    ReplyDelete
  5. oohh..protraktor...selama ni mama yan sebab pojektor...haduuu.... memalukan sungguh

    ReplyDelete