Monday 30 May 2022

Raya 6

Semalam bawa lemang sebatang dan rendang sebekas untuk Abang. Dia Raya 6 semalam. 

Ikutkan boleh outing tapi dia tak nak outing. Nak teman kawan-kawan yang parents depa tak datang. Takpelah, Jumaat ni dah boleh balik. 

Angah pun Raya 6 semalam juga. Lepas tuition bawa dia ke open house. 

Dia makan ni je..  😁

Ni pula masa Ummi habis puasa 6 hari tu. Teringin nak breakfast di luar. Makan sorang-sorang je... Walid kerja, anak3 sekolah... 

Walid pula Raya 6 dengan menghadiri open house syarikat di HQ, seminggu selepas jamuan raya office di Shah Alam. Kena pakai baju Melayu lengkap, jadi ambil baju Melayu warna mint green ((baju raya 2018) dalam almari sebab baju dan seluarnya dah bergosok. Senang kerja :)

Tahun ni puasa 6 tak seragam, itu yang raya pun asing-asing :D Apapun, syukur berjaya juga menyempurnakan puasa enam ni. 

6 comments:

  1. Alhamdulillah.
    Moga segala amal ibadah mendapat keberkatan.

    ReplyDelete
  2. Saya pun habis puasa 6 Selasa minggu lepas. Lambat habis tapi sama dengan emak abah.
    Apapun alhamdulillah sudah dapat habiskan walaupun masa tidak sama.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah
    Dapat menjalani ibadah puasa syawal

    ReplyDelete
  4. walaupun raya puasa 6 asing² alhamdulillah... selesai jugak ibadah sunat seluruh keluarga... syukur

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah….tetap juga sama2 satu keluarga berjaya buat puasa 6.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Tahniah semua berjaya selesaikan puasa 6.

    ReplyDelete