Monday 9 May 2022

Muzium Padi, Alor Setar, Kedah

Tak rancang pun nak ke sini, apatah lagi pada hari raya. Tapi, bila lalu di sini pada  Hari Raya ke-2, nampak 'ramainya orang bersukaria' dan muzium pula dibuka, jadi kami pun singgah. 

Untuk ke pintu utama muzium, kena naik tangga yang agak tinggi. Mungkin ada laluan lain untuk warga emas dan OKU sebab tangga ni quite steep. 

Ada port menarik untuk bergambar di luar pintu utama... 

Rumah Tok Wan yang asal dulu lebih kurang macam ni; atap rumbia, dinding buluh dan lantainya batang pinang yang dibelah. Nostalgia. 

Kepuk padi. 
Ummi sempat tengok orang tua-tua ketuk tangkai padi dalam kepuk ni. Ummi membesar di bendang dan kebun getah :) 

Beli tiket dulu...

Dewasa RM5, kanak-kanak RM2. Berbaloi sangat.

First thing first, kita 'kerabat' Gunung Keriang dulu ..  

Seakan berada di dalam gua... 

Tangga ni pun tinggi .. 

Apa ada atas ni?
Ada revolving tower. 
Sampai di atas ni Ummi ingat kepala Ummi yang berpusing, rupanya menara ni yang bergerak. Macam Restoran Berputar Menara KL cuma pusingannya lebih perlahan. Di sekeliling kita, terpapar lukisan besar (pemandangan 360°) panorama indah sekitar ibu negeri Kedah.

Lukisan memang nampak real ..  

Gambar Gunung Keriang pun ada... 

Ada service ambil gambar keluarga dan express print out. Gambar tadi boleh diselitkan pada kalendar seperti bawah ni... Caj RM10 (gambar & kalendar). 

Lepas puas bergambar, kami turun. Keadaan agak panas dan kurang selesa sebab alat pendingin hawa rosak masa ni. 


Turun dari gunung, barulah masuk ke ruang pameran muzium.
 

Padi dari pelbagai negara.

Keratan rentas padi. 

Pelbagai sudut menarik untuk bergambar...

Perasan tak Adik & Kakak tu? 
Arwah Tok dulu turun ke bendang macam tu lah gayanya ☺️

Ada ruang untuk anak-anak mencuba permainan tradisional.

Boling Kelapa. Jangan baling kepala sudah 😆 Berat buah kelapa tu ..

Adik main dam ular. 
Ghisau tengok dia melompat dengan kain ala Saloma tu :D 

Jika diikutkan nak berlama-lama lagi tapi sebab panas dan rimas (aircond rosak) kami cepat keluar cari udara segar. 

Anak4 kehausan...

Belanja depa aiskrim... 

Anak4 sangat seronok datang ke sini. Sesekali bawa ke muzium, sikit sebanyak dapat memberi perspektif baru tentang kehidupan, sejarah dan asal-usul kepada mereka انشاء الله



5 comments:

  1. Bagusnya, raya ke 2 dah buka. Sy pernah pergi Muzium Padi yang di Langkawi jer.

    ReplyDelete
  2. Menarik! Masa saya ke Gunung Keriang awal tahun aritu, memang nampak muzium ni, tapi tak masuklah. Baca komen di Google Maps kalau tak silap, aircond di muzium tu memang dah lama rosak tak dibaiki 😅

    ReplyDelete
  3. rindu nak pergi ke tempat camni, sebab takda keluar daerah jejalan since pandemic. selamat hari raya

    ReplyDelete
  4. Raya ke2 kami pulak baru nak buat aktiviti ziarah hari raya ke rumah saudara mara & kawan-kawan sebab hari pertama kita bagi laluan semua untuk qada' tido hehe.

    ReplyDelete
  5. murah sangat harga tiket...berbaloi2 dengan info & benda yang dipamerkan. kalaulah harga tiket muzium yg lain pun murah gini mesti meriah muzium kan

    ReplyDelete