Syawal kali ni bukan saja tiba-tiba raya, tapi tiba-tiba sibuk juga! Sibuk sebab jamuan raya serentak pulak anak3 dan Walid. Notisnya pula quite last minute, menggagau jugalah buat persiapan. Ummilah, depa siap badan ja :p
Rabu Ummi keluar cari ayam dan bahan-bahan nak buat rendang. Beli siap-siap w/pun belum confirm jamuan raya office Walid on ke tidak hari ni.
Semalam pula keluar cari hadiah untuk cikgu-cikgu sebab sambutan hari raya serentak dengan Hari Guru. Membelinya sekejap aje, yang lama (dan pening kepala) fikir nak beli apa.
Pagi tadi pukul 5 Ummi start marathon memasak...
Pukul 8.30 goreng bihun Singapore pula, untuk jamuan raya Pasti.
Mujurlah Angah kena bawa kerepek aje. Kakak pula kek/brownies/tart dan sewaktu dengannya. Alhamdulillah baker bagi Ummi selit order last minute. Sebab dah biasa dengan dia kot..
Untuk cikgu-cikgu...
Raya hari tu dah bagi gift raya, bila Hari Guru ni dah takde idea. Gap dekat sangat.
Dapat tempat ketiga...
Angah bawa balik satay 5 cucuk... Makanan banyak tapi takde bekas nak tapau katanya...
Dan duit raya...
Alhamdulillah meriah sambutan tahun ni. Maklumlah dah 2 tahun tak dapat buat majlis sebegini..
Petangnya konon nak berehat. Tup-tup Abg Anas nak datang beraya, di samping nak ziarah kubur Tok.
Takpelah, tetamu datang bawa rezeki kan...
الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات 💚
Fuhhh.. kalau beginilah aktiviti² sambutan Syawal, memang Artie akan bertambah berat badan nanti ;)
ReplyDelete