Sunday 1 May 2022

Balik Raya 2022

Keluar dari Gombak 27 Ramadhan, sampai di Jitra 28 Ramadhan. Eh, jangan disalahkan 'jem', kami yang melencong ke Meru, Ipoh dulu. Lepas Jumaat baru gerak, jadi tak daya rasanya nak drive straight ke Jitra. Lagipun raya Selasa kan? 

Buah tangan untuk keluarga dan jiran-jiran... Untuk jiran-jiran kita passed siap-siap hari Khamis. 

Duit raya dari Papa Rizqi, sempat dihulurkan sebelum tayar bergolek :D 


4.30 sampai di R&R Tapah. Singgah solat Asar dulu... 

Pukul 6.45 sampai di Meru...

Singgah bermalam di M Motel @ Meru. Alhamdulillah dapat connecting room, RM162.40/night untuk 2 bilik. Setiap bilik ada 2 queen size beds. Semua puashati dapat tidur atas katil :D 

Keluar beli nasi goreng untuk sahur lepas solat Terawih. Meriah sungguh area Mydin Meru ni... Ada Ekspo Aidilfitri hingga lewat malam, ada Bazar Ramadhan... Memang happening sampai naik pening! Jam teruk, macam kat Sri Gombak 😅

Sahur makan Mee Sedap dan nasi goreng, beli malam tadi. Mee Sedap tu Abang buatkan. Sesekali layan selera budak asrama 🤭

Sekitar jam 7.45 pagi 28 Ramadhan (Sabtu) kami menyambung perjalanan... 

Masuk saja highway, terus join konvoi balik kampung haha... Walaupun jam, seronok sebab dah dua tahun tak rasa nikmat balik beraya di kampung. #syukur 

Ada yang masih tidur/berehat di tepi jalan.

Sampai pun... Alhamdulillah 🤲

Seperti dijanjikan, bayaran tol percuma hari ni (Sabtu, 30/4)! Alhamdulillah 'save bajet'. Semalam dari Jln Duta ke Simpang Pulai tolnya RM21++. 

Sebelah petang pusing-pusing Bazar Ramadhan Taman Suria. Gayat betullah naik motor takde box kat belakang. Takut jatuh 😅

Untuk berbuka pula, kami ke Kolej Height Utara. Buffet Ramadhan di sini harganya RM45 (dewasa) dan RM30 (kanak-kanak). Lauk pauk, dessert, nasi, mee, laksa beraneka macam. 

Terima kasih daun keladi Paklong & Maklong 💐

Solat terawih dulu...

Solat di rumah saja sebab balik dari berbuka tu agak lewat. 

Baru boleh main bunga api ☺️

Dengarnya hari ni pun aliran trafik sesak. Takpe, pelan-pelan kayuh. Yang penting selamat. 

 

No comments:

Post a Comment