Friday, 13 May 2022

12 Syawal ~ Jamuan Raya Serentak

Syawal kali ni bukan saja tiba-tiba raya, tapi tiba-tiba sibuk juga! Sibuk sebab jamuan raya serentak pulak anak3 dan Walid. Notisnya pula quite last minute, menggagau jugalah buat persiapan. Ummilah, depa siap badan ja :p 

Rabu Ummi keluar cari ayam dan bahan-bahan nak buat rendang. Beli siap-siap w/pun belum confirm jamuan raya office Walid on ke tidak hari ni. 

Semalam pula keluar cari hadiah untuk cikgu-cikgu sebab sambutan hari raya serentak dengan Hari Guru. Membelinya sekejap aje, yang lama (dan pening kepala) fikir nak beli apa.

Pagi tadi pukul 5 Ummi start marathon memasak...

Malam tadi dah tumis rencah dan masukkan ayam dsbnya. Pagi tadi cuma masukkan santan. 

Pukul 8.30 goreng bihun Singapore pula, untuk jamuan raya Pasti. 

Mujurlah Angah kena bawa kerepek aje. Kakak pula kek/brownies/tart dan sewaktu dengannya. Alhamdulillah baker bagi Ummi selit order last minute. Sebab dah biasa dengan dia kot..  

Siap bagi duit raya lagi untuk anak4. Moga bertambah rezeki Acik Solehah aamin. 

Untuk cikgu-cikgu... 

Angah beli pen untuk guru-guru kelas dia. Ummi top up dengan hadiah Ummi beli...

Takde idea nak bagi hadiah kat cikgu :(
Raya hari tu dah bagi gift raya, bila Hari Guru ni dah takde idea. Gap dekat sangat. 

Gift raya hari tu... 

Pilih sendiri baju & tudung... Sedondon pulak dengan geng dia...semua team biru. 

Kakak terpilih buat persembahan. Sempat berlatih 2 hari je... 

Dapat tempat ketiga... 

Adalah kenangan untuk dia, alhamdulillah. 

Angah bawa balik satay 5 cucuk... Makanan banyak tapi takde bekas nak tapau katanya... 

Cikgu Adik bagi kuih apam, nasi goreng...

Dan duit raya... 

Alhamdulillah meriah sambutan tahun ni. Maklumlah dah 2 tahun tak dapat buat majlis sebegini.. 

Petangnya konon nak berehat. Tup-tup Abg Anas nak datang beraya, di samping nak ziarah kubur Tok. 
Takpelah, tetamu datang bawa rezeki kan...

الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات 💚





No comments:

Post a Comment