Wednesday 4 May 2022

3 Syawal 2022


Raya ketiga berkonvoi dengan Tok Ayah ke Kg Siputeh dan Tunjang, menziarahi sepupu-sepupu Tok Ayah.

Di rumah pertama kami penuhi jemputan kenduri kesyukuran Tok Cik Dat... 

Lauk pauk serious sedap... 

Rumah tepi bendang, ada ndoi (buaian) pulak...memang layan...

 Geram aih...

Tak sempat makan laksa airtangan Tokcik Baru sebab Tok Umi dah nak gerak. Tokcik janji nak hantar ke rumah Tok Umi kalau sempat. Senja tadi, betul-betul dihantarnya laksa kepada Ummi & Maklong. Baiknya hati 🤗

Kemudian kami singgah sekejap di rumah Toktam. Arwah suaminya dan Tok Ayah saudara sepupu. Ummi sempat jumpa arwah walaupun cuma sekali. 

Anak10 main baling batu dalam bendang orang 🤦 

Benda ni pun kena usik juga dengan budak-budak ni 😬. Orang Kedah panggil kubota. Teringat cerita Kak Limah Balik Rumah, kaki Ucop Wilcha kena gilis dengan kubota ni :D 

Sedang elok berbual, Tokteh Mat dari Balik Pulau nak datang berziarah. Bergegas balik rumah...

Geng Balik Pulau ni best, happening :D Empat biji kereta datang bertandang.  Orang Penang jumpa orang Kedah, bayang tengoklah lagu mana dia punya riuh :) Tahun 2018 kami beraya di Balik Pulau.

Selepas tetamu beredar, kami ke rumah Paksu pula. 

Ummi makan sate dan lontong... 

Laksa Singapore tak mampu nak jamah dah tapi Maksu tapaukan 💝

Sambut birthday April-July babies sekali. Alang-alang dah ada semua... 

Sesi perabih bunga api. Esok masing-masing dah nak bawa haluan masing-masing. 

Sementara depa main bunga api, kita pi dobi sat. 

Dobi pun sesak 😇

Lepas ni sesi kemas kain baju pulak. Terkelepet dah ni 😅







1 comment:

  1. nama pun raya makanan pun mcm2 kan... kat sana hujan ke? pakat serbu dobi tu

    ReplyDelete