Tuesday 17 May 2022

Nawfal Nak Raya

Ahad malam kami layan telefilem Nawfal Nak Raya. Sebab esoknya cuti (Wesak Day hari Ahad) bolehlah tidur lewat. 


Telefilem ni mengisahkan seorang kanak-kanak yang berusaha mengumpul duit dengan mengutip botol plastik dan tin minuman untuk dijual, ambil upah angkat barang di pasar dan tolong Abg Lan Naga berniaga jagung bakar dan rebus. Tujuan dia nak beli baju raya, sedondon dengan crush dia, Zara; warna biru tikus 😂😂😂 Biru turquoise sebenarnya tapi dia salah dengar & nak cepat sebab ayah Zara tu garang haha ... 

Ayah Nawfal (Beto Kusyairi) keluar negara mencari rezeki, tak kirim khabar berita selama 3 tahun. Ibunya (Nadiya Nissa) yang bersusah-payah mencari rezeki untuk menampung kehidupan mereka dua beranak. Jalan cerita simple saja tapi sesuai ditonton bersama anak-anak. Pelakon pun hanya Beto & Nadiya je Ummi kenal. Tapi, pelakon pembantunya, Cik Ijah sangat menonjol lakonannya. Anaknya, Rosyam Nor (kemain namanya 😂) kawan baik kepada Nawfal. Cik Ijah & Rosyam ni kelakar, tidaklah rasa sarat sangat telefilem ni w/pun Nawfal dan ibunya menghadapi pelbagai ujian semasa ketiadaan ayahnya. 

Yang menarik perhatian kami, of course-lah nama watak utamanya tu, Nawfal :) Ejaan nama tu sebijik macam nama Angah hehe... Selalu orang eja Naufal, tapi yang ini Nawfal sama dengan Angah. 

Yang baju oren tu Rosyam Nor :D 

Ending? 
Ayah dia balik, belikan dia baju Melayu warna turquoise 🤩 Eh, jangan ingat happy ending. Baju ayah dia beli tu tak muat dengan dia. Saiz 3 tahun lepas 😂😂😂 Meraunglah si Nawfal dalam bilik "Nawfal nak raya!!!"


9 comments:

  1. Adohai, tergelak pulak kita bab biru tikus tu, hahahah.

    ReplyDelete
  2. Hehe…bagus cerita ni, ada pengajaran baik dan terselit unsur humor.

    ReplyDelete
  3. hhahha biru tikus.
    ammi tak tengok satu drama pun sbb takde astro kat rumah. pakai android box pastu line internet ambil yang basic je makanya manjang loading aje. sudahnya takyah tgk.

    ReplyDelete
  4. menarik jugak cerita ni rupanya... mslhnya sy jarang tgk tv... huhu.. biru tikus ye... hahaha

    ReplyDelete
  5. Ada pula budak nama Rosyam Nor. Mak dia peminat setialah itu.
    Hehe kelakar nama biru tikus.

    ReplyDelete
  6. Haha kelakar pulak biru turquoise jadi biru tikus! Ending pun kelakar walaupun baju tak muat hehe

    ReplyDelete
  7. Ada gak nampak gazet dia kuar kat Tv...tapi x tgok lagi citer ni...nampak menarik....biru tikus erk..kan main kecik2 ada crush

    ReplyDelete