Sunday 22 May 2022

Majlis Permuafakatan UPKK SRAI & Mesyuarat PIBG SMKA

Busy kami suami isteri semalam ☺️

Ummi joined Majlis Permuafakatan Tahun 5 & 6 sempena UPKK/PSRA. Majlis diadakan secara atas talian. 

Tahun ni UPKK akan diadakan seperti sebelum PKP. Akan ada ujian bertulis macam Abang dulu (2019).

Jadual peperiksaan pun dah keluar...

Simpan sini untuk mudahkan rujukan. 

Ini pula perancangan sekolah untuk kecemerlangan UPKK. Mudah-mudahan segala yang dirancang dipermudahkan-Nya 🤲

Penutup majlis, bacaan akujanji murid. 

Manakala, Walid pula ambik giliran menghadiri Mesyuarat PIBG di sekolah Abang. 

YB Menteri Agama tak datang pun, hantar wakil. Nampak dalam TV, beliau ada event di Terengganu semalam. 

Kata Walid, sambutan ibu bapa sangat menggalakkan alhamdulillah. Ada pemilihan AJK PIBG, setiap tahun. Sesi lepas ayah Nawal terpilih jadi YDP (undian online). Tahun ni beliau undur diri sebab banyak komitmen lain dan tuntutan kerja hakiki. Sewaktu beliau jadi YDP PIBG SRAI dulu, sumbangan dan ketokohannya sangat menonjol. Walid pula tercalon untuk jadi AJK. Tapi, undian memihak kepada bekas pelajar batch pertama SMKA ni. Terbaik! 

Batch ke-35 🤩

Sibuk dengan program/mesyuarat dan tuition Angah sebelah petang, terlupa ada jemputan open house. Maaf ye Nuzul
Ummi lupa. 





10 comments:

  1. Betul-betul padat jadual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah, anak2 dah sekolah secara normal semula NA...:)

      Delete
  2. oh.. upkk dh buat mcm sebelum pandemik ye thn ni... anak sy xde ambik upkk... thn dpn br ada... si kakak yg form 1 pun ms darjah 6 thn lepas br ambik upkk tu pun secara online je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah Kakmim. kalau tiada aral upkk secara bertulis semula...

      Delete
  3. Wahhh, tahniah.. masing2 ada bahagian ya, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. kena bahagi-bahagi tugaslah SK hihi

      Delete
  4. semoga dipermudahkan segalanya.. aamiin

    ReplyDelete
  5. saya pernah dilantik jadi pengerusi PIBG ...boleh tahan juga tugasnya

    ReplyDelete