Monday 16 May 2022

14 Syawal ~ Berkelah di Sekolah

Ambil kesempatan kelonggaran yang diberi oleh KPM, kami ke asrama melawat Abang. Lama tunggu kesempatan ni sebab ikut kata mak-mak yang lebih senior, seronok berkelah dengan anak-anak di asrama :)

Sabtu kami datang tak bawa apa pun. Sebab first time kan... W/pun dah tahun ke-2 anak di asrama, ini kali pertama dapat melawat. Tahun lepaskan banyak duduk di rumah berbanding asrama. Datang dropped barang pun tak boleh berbual, kena jaga jarak dsbnya. 

Ada parents bawakan anak-anak food. Kami beli je makanan di kantin; pisang goreng cheese, nasi goreng kampung dan air. Nampak kawan-kawan Abang di meja hujung, belanja air dekat depa. Bukan apa, Ummi ni dulu budak asrama. Faham sangat bila dok asrama ni, lapaq sokmo :) 


Semalam datang lagi :)
Ummi bawa nasi dan lauk lunch. Kakak dan Angah dah makan nasi goreng di rumah, tapi nak juga makan dengan Abang. 

Ikutkan ada jemputan open house di USJ, rumah Uncle Syed. Jauh sangat, tak larat nak makan 'jem' :p Tahun ni makin selektif dalam berziarah. Kalau kenduri, Insha Allah kami datang. Kalau open house, prioriti pada rumah saudara-mara. Zaman beraya setiap hujung minggu dah berlalu haha... 

Anak-anak pun dah ada komitmen contohnya tuition. Jadi, tak boleh sesuka hati nak beraya sepanjang hari. Faktor usia pun sama :p 

6 comments:

  1. Betul, sekarang lebih selektif. Banyak agenda lain di hujung minggu. Hehe

    ReplyDelete
  2. Saya pun, tak semua jemputan open house dapat dipenuhi.

    ReplyDelete
  3. Seronok berkelah di sekolah. Terkenang pulak kenangan duduk asrama dulu.. hihi.. Tak rajin juga nak pergi open house. Sedangkan nak balik Gombak pun bercinta hadap jem..hihi

    ReplyDelete
  4. hari Sabtu haritu memang hari jam seKL...sana-sana orang kata stranded atas jalan.

    anak dara ammi last week dapat peluang pulang bermalam...

    ReplyDelete