Wednesday 27 April 2022

Ramadhan 25 ~ Misi Tukar Duit Raya GAGAL :(

Bab tukar duit raya ni task Walid, setiap tahun. Ummi cuma bagitau amount dan tukarannya aje. Tugas Ummi masukkan duit raya dalam sampul raya. Suka buat kerja ni sebab rasa macam orang kaya, duduk dikelilingi duit haha... 

Tahun ni pun ingat macam tu juga .. Sebab ofis Walid dikelilingi oleh bank-bank. Masing-masing terlupa yang sepanjang Ramadhan ni Walid ke ofis Shah Alam, bukan HQ 🙆

Isnin lepas dah round Prima SG, tengok ramai sangat orang beratur di luar bank. Esok-esok ajelah Ummi datang semula. 

Makanya hari ni bila pergi bank, semua cakap "(tukar) duit raya dah habis" Huwaaa ...


Try ke sini pula...

Pun habis :( 

Ummi: Duit lama-lama pun takde ke?
Staff: Kita tunggu masjid bank in duit tabung, Puan

Sakan betoi pakat nak raya tahun ni noo... 
So, anak2/cucu2 buah, harap faham ye situasi Makngah 😜

Meanwhile, anak4 dah mula terima duit raya...

Tq Cik Aida 😘

Kakak ~ Tq Amani, Auni & Aisyah 🌹

Adik pun hari-hari dapat duit raya dari kawan-kawan... 

Tq Mustaqim & Aina 🌹

Tq Aisy 🌹

Lepas rayalah agaknya dapat balas pemberian mereka; tunggu keadaan reda sikit di bank-bank :) 


Cuaca lembut je hari ni kan...





2 comments:

  1. Next time kita offer la kat blogget berdekatan utk tkr duit raya 😝

    ReplyDelete
  2. Kami tukar dengan duit raya anak-anak tahun lepas dan tahun sblmnya je kak..hihi..tak dan nak masuk TH lagi..

    ReplyDelete