Tuesday 19 April 2022

17 Ramadhan ~ Ke Bazar Ramadhan di Hari Nuzul Quran


Anak4 bercuti sempena hari Nuzul Quran, hari kebesaran Islam dimana mukjizat agung, Al Quran diturunkan kepada Baginda Rasulullah SAW. SRAI cuti juga Isnin, cuti peristiwa. 

Walaupun cuti, pihak sekolah adakan juga program Nuzul Quran secara atas talian.

Kusyuk sebab satgi ada kuiz... Siapa menang dapat hadiah :) 

Angah ada tuition... Memang gini style belajar dia, suka duduk di lantai. 

Abang hari ni baru ada program Nuzul Quran, time Ko-ku. Adik memang cuti betullah :) 

Menu Iftar
Nasi Putih
Lauk berbuka semalam

Menu Berbuka
Nasi Putih
Sambal Tumis Udang 
Ayam Goreng Tepung Bestari
Sup Sawi & Tauhu Telur 
Teh O
Bubur Lambuk Atuk Man
Sambal Bilis & Cara Berlauk - Cik As
Puding Milo & Koktail - Cik Ira

Alang-alang Walid pun cuti, kami ke Bazar Ramadhan Taman Samudera (berhampiran Surau Al Ikhwan dan MTM Mart. Setelah bertahun (sebelum Covid pun Ummi jarang ke Bazar Ramadhan) kali ni merasalah kemeriahannya. 

Ummi:  Ini baru betul (meriah) Bazar Ramadhan
Adik: Yang dekat rumah kita tu bazar tak betul ke Ummi? 

😂😂😂

Bazar Ramadhan dekat rumah kami tu bukan 'tak betul' tapi sendu :p  Tak sampai 10 gerai kot. Itupun peniaga-peniaga yang memang berjualan di luar bulan Ramadhan. Sesekali nak tukar selera dan rasai suasana sebenar Bazar Ramadhan, itu yang ke Taman Samudera semalam. 

Hasil tangkapan...Setiap seorang boleh beli satu jenis makanan je, sepatutnya. Tapi biasalah budak2 pun rambang mata juga. Walaupun nampak banyak, alhamdulillah habis juga. Makan sendiri dan berkongsi rezeki dengan jiran-jiran. 

Bazar
Nasi Daging Utara
Nasi Kerabu
Takoyaki
Meatballs
Sosej & seafood balls
Murtabak
Putu Mayam
Strawberry
Kopi Ais, Milo Ais
Susu Farm Fresh

Ini dari jiran-jiran...

Alhamdulillah. 

9 comments:

  1. ye la bazar samuedera ni masih meriah kan... tempat2 lain mcm nak tak nak je bazar nyaaa...

    ReplyDelete
  2. Bagusnya dah letak rule beli satu makanan ja, tetapi terjebakkan, bagus angah ada tusyen.. Belum lagi merasa bubur lambuk..

    ReplyDelete
  3. Ammi dan family belum jejak ke PARAM lagi tahun ni. Takut nak pergi takut terbabas beli banyak sbb kalau tak pergi pun tiap hari ada je jiran-jiran yang ketuk pintu share juadah.

    ReplyDelete
  4. Nama Samudera, kena meriah. Meriah sungguh juadah PH, Alhamdulillah, dapat berkongsi rezeki dengan jiran.

    ReplyDelete
  5. Wah boleh habis. Banyak juga makanan dibeli campur jiran bagi dan masak sendiri.
    Saya lama tidak ke bazaar.

    ReplyDelete
  6. Salam Nuzul AlQuran....seronoknya pi bazar..bleh beli macam- macam

    ReplyDelete
  7. Wak belum pernah turun baram lagi

    ReplyDelete
  8. sy tahu.. ni mesti bazar yg kat atas bukit parking lot tu ye.. hahaha situ mcm sendu je.

    ReplyDelete