Saturday 9 April 2022

7 Ramadhan ~ Berbuka di Surau


7 Ramadhan 1443H (Sabtu)

Semalam Walid berbuka puasa di surau. Dua tahun aktiviti surau berbuka di surau dibekukan, tahun ni alhamdulillah kembali rancak. Tapi, masih patuh SOP. 

Pinggan dialas plastik... Lepas makan buang plastik sahaja, lebih selamat kepada petugas juga selain menjimatkan masa & tenaga. 

Redha ajelah bila Walid ambik gambar :D 

Tumpang pahala dan panjangkan sedekah roti Cik As bagi kelmarin. 
 Uncle Alam, tukang masak puji sedap ☺️ Ummi ikut resepi Cik Matahariku. Rupanya inti sardin yang kita masak tu, tambahkan 1-2 biji telur untuk dapat rasa inti yang lebih sedap. Boleh ke blog Cik Matahariku untuk lebih faham. Tq  Puan Blog 🌹

Untuk berbuka, Ummi cuma goreng mee dan buat roti sardin ni saja. Lepas tu Walid belikan nasi beriani di Rahman Biryani. 

Menu Sahur
Nasi Putih
Lauk Berbuka 6 Ramadhan
Teh O 

Menu Berbuka
Mee Goreng
Roti Sardin
Nasi Beriani, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam & Kari Kambing
Bihun Goreng
Air Sirap
Air Soya

Sebab banyak makanan, sebahagiannya dimakan lepas terawih (moreh)

Moreh
Bubur Lambuk
Murtabak

Dua menu ni favorite Walid, setiap hari mesti ada especially on weekend

Sebelah kanan Bubur Lambuk Atuk Man, sebelah kiri bubur lambuk surau. Bubur lambuk surau jenis berempah. Ummi simpan dalam freezer dulu. Nak bagi jiran-jiran hujan semalam. Cik Leha & Cik Aida berbuka di luar pula. 

Air Soya Cik Aida bagi, sebelum keluar rumah. Sedap! 

Bihun Goreng Atuk Man bagi. 

Angah tuition UPKK, Kakak pula ada kelas BI. Belajarlah anak4, Ummi Walid sedaya upaya sediakan keperluan dan belanjanya 😘






6 comments:

  1. Saya suka bubur lambuk! Boleh rasa setiap masjid atau surau yang berbeza masa bulan puasa.
    Sini pun dah boleh buka, moreh di masjid Nanti selepas pertengahan Ramadhan ada sahur pula.

    ReplyDelete
  2. Belum dapat bubur lambuk lagi tahun ni.

    ReplyDelete
  3. Tahun ini belum berpeluang merasa bubur lambuk lagi.
    Selamat berpuasa dan menunaikan ibadah Ramadan buat PH dan keluarga :)

    ReplyDelete
  4. Dengar pengumuman kat surau tu sejak pukul 3.30 tadi suruh ambil bubur lambuk..Kita tengah mengukis la pulak takdan nak turun..Terliur nampak bubur lambuk tu PH

    ReplyDelete
  5. Hari ni dapat bubur lambuk kat surau

    ReplyDelete
  6. Mak SA mengidam bubur lambuk Kg Baru...aduhai..mana plak daku nak carikan ha...kita ni kerja di tengah KL...nak ke kg baru semata amik bubur lambuk...memang mengundang la namanya

    ReplyDelete