Friday, 15 April 2022

12 Ramadhan ~ Ikan Bekok

Dapat kiriman ikan bekok ni dari Maklong awal puasa hari tu. Selalu Ummi tengok blog Mama Tisya kalau ada makan-makan family dia kadang tu ada juga juadah ikan bekok. Tertanya-tanya juga bagaimana rupa dan rasanya. 

Pucuk dicita ulam mendatang lah kan ...

Inilah rupanya ikan bekok yang Maklong kirimkan tu... Ikan ni basah-basah, bukan kering macam ikan masin dan baunya lebih kuat dari ikan pekasam.

Sikit info pasal ikan bekok ni... 

Ummi goreng (tengok YouTube), letak cili dan bawang besar then perah limau. Baunya memang kuat sampai satu rumah (dan satu taman kot) berbau! Sambil tutup hidung Adik cakap "Ummi, lepas ni jangan goreng lagi ikan ni" πŸ™†

Rasanya? Isi ikan tu sedap, tak masin tapi baunya Ummi tak tahan. Seekor ikan tu Ummi  cuma cubit-cubit je dengan Abang. Yang lain memang tak naklah... 

Menu Sahur
Nasi Putih
Lauk berbuka semalam

Menu Iftar
Nasi Putih
Ayam Goreng Berempah
Masak Lemak Kobis
Ikan Bekok
Rendang Campur - beli dari anak jiran
Nasi tomato & geng - Bazar
Ayam lidi - Bazar
Murtabak - Bazar
Bubur Lambuk Atuk Man
Air soya/Milo ais/grape - Bazar

Pisang Sira Cik Ana bagi. Sedap πŸ˜‹





4 comments:

  1. Kalau sedap takpe. Teruk sangat ke vau berbanding pekasam?

    ReplyDelete
  2. first time dengo ikan bekok...
    ikan pekasam pun kita kureng minat tp klu ini lbh krg cam pekasam, alamat nya mmg x makan la heheh

    ReplyDelete
  3. Ni tak boleh membocorkan periuk nasi macam pekasam, kan?

    ReplyDelete
  4. Pernah dengar ikan bekok tapi belum pernah jumpa.

    ReplyDelete