Alhamdulillah anak buah kesayangan Ummi sorang ni dah selamat bertunang 12/3/2022 yang lalu. Pilihan hatinya orang Terengganu.
Majlis jam 11 pagi, tapi sengaja kami lewatkan kehadiran untuk bagi ruang tetamu jauh berbincang dan beramah mesra dengan keluarga Makngah. Seboleh mungkin taknak beramai-ramai dalam suatu masa. Sedang elok kami sampai, tetamu sedang menjamu selera. Sempat jumpa Maklang Di dan Wan Cik, wakil keluarga dari kampung.
Menu utama gulai batang pisang tapi Ummi ralit berborak dengan kaum keluarga, lupa nak ambil gambar.
Gulai batang pisang atau umbut pisang ialah masakan tradisi di daerah Baling dan sekitarnya seperti Sik. Selalu dihidangkan semasa kenduri.
Ummi bawa brownies untuk Kak Yue. Tempah sekali dengan brownies Angah.
Didoakan agar urusan hendak mendirikan masjid di permudahkan buat Kak Yue dan tunangnya aamin.
selamat bertunang KakYue.. semoga kekal bahagia hinggake jinjang pelamin..
ReplyDeleteCantik and simple je mini pelamin tu.
Ada pergi kenduri di Kedah memang dapat makan gulai bayang pisang. Itulah sekali makan.
ReplyDeleteGulai batang pisang atau umbut pisang tu pernh mkn..kwn husband org baling..masa tu time raya dia masak
ReplyDeletetahniah Yue
ReplyDeleteSelamat menanti hari bahagia