Biasalah, bila balik kampung, tutup blog :)
Ikutkan raya nanti baru nak balik kampung. Tapi, ada majlis keluarga di kampung. Makanya jom lah kita kembali ke asal usul :D
Dengan lafaz بسم الله dan doa kita mulakan perjalanan... Lepas Zohor baru bertolak sebab sebelah pagi Walid ada urusan di Ampang.
Sampai area Pendang-Alor Star matahari dah mula berlabuh... سيحان الله cantiknya...
Pagi Khamis, lepas sarapan pakat main ayaq.
Lencun belaka :D
Malam tadi Tok Umi prepared dinner for us, so today turn Ummi pula masak .. I cooked bihun Singapore for breakfast and siakap masak tempoyak as requested by Tok Umi...
Dinner kami ber-shell out di luar... Nanti Ummi review kedainya انشاء الله
Pagi esoknya (Jumaat) kami bersarapan di rumah Maksu. Angah ikut Paksu jemput Tok Kodiang (ibu Maksu). Suka sungguh dia jumpa Tok sorang ni... Masa Ummi pergi Mekah dulu, Tok Kodiang tolong jaga dia juga. Hari-hari suruh Tok bancuh Milo :D
Nasi Dua Benua kata Maklong... Nasi lemak telang tu Maksu masak dengan lauk-pauknya, nasi putih Tok Kodiang bawa, dengan kari ikan nyok-nyok... Ummi pula masak rendang ayam. Longgok semua dalam pinggan ☺️
Lepas solat Jumaat pula kami berbondong-bondong ke rumah Maklong, makan tengahari...
Lauk kambing black pepper, kambing masak merah, talapia bakar, sayur petola dan telur dadar by Tok Umi.
Buah tangan dari Maklong. Depa banyak uruskan majlis perkahwinan, jadi bila ada lebihan goodies bags tu pihak pengantin bagi je pada caterer.
Dari rumah Maklong kami menuju ke SP. Singgah sekejap jumpa Paklong di cafe, beliau tengah sibuk uruskan persiapan garden wedding. Pengantin nak nikah lepas Asar katanya...
Singgah sat di Pacific, Alor Star...Walid nak ke butik Polo. Beli baju kerja katanya...
Sabtu pagi sebelum ke rumah Makngah, singgah sekejap di rumah mertua Abg Anas. Nampak belimbing buluh sedang dijemur...benda rare kenalah tangkap gambaq hihi...
Lepas makan kenduri di rumah Makngah, singgah solat di Masjid Al Ridzuan, pekan Baling. Dah siap masjid ni. Cantik, luas dan bersih sangat 👍👍👍
Murah rezeki penaja (wakaf) cermin mata ni, memudahkan urusan jemaah yang tertinggal cermin mata di rumah membaca Al Quran di masjid. Di Masjid Al Khairiyyah ada juga, tajaan YB Dato' Menteri Besar.
Ikutkan Makcik nak balik kampung juga tapi cancelled last minute, jadi singgah jugalah rumahnya. Ambil jam Abang yang tertinggal di rumah Makcik masa kenduri doa selamat hari tu di samping ziarah depa anak beranak.
Akhirnya, Maghrib baru dapat check in. Penat tapi puas hati sebab dapat jumpa keluarga kedua-dua belah pihak. Dan syukur semuanya dipermudahkan buat kami الحمد لله
Sampai di rumah tengahari semalam, tengok Moq-Tot makin gemuk, alhamdulillah pandai Cik Leha jaga 😁. Si Tya pula dah beranak, adoi fenin Ummi 😇
Pandai masak siakap tempoyak, sedap nampak, meriah main ayaq no, seronok jumpa sedara mara, betul lega nampak katil kan bila jalan-jalan ni :)
ReplyDeletePenuh aktiviti.
ReplyDeleteHehe nampak banyak aktivititi makan-makan. Alhamdulillah.
wahh sonoknyer balik kampung.,, huhuhu
ReplyDelete