Orang dah berjaman makan Roti Canai Sarang Burung ni... Ummi baru nak merasa. It's ok, better late than never gitewww...
Sebenarnya, masa tunggu traffic light bertukar hijau di persimpangan lampu isyarat selepas stesen timbang JPJ Kuala Ketil, kami nampak sebuah warung kampung sebelah kiri. Nampak sedap pulak ada pakcik 2 orang tu makan roti canai. Terus ajak Walid berhenti.
Pilihan Angah roti telur goyang. Abang & Kakak makan roti kosong je. Nak makan nasi lemak, dah tinggal ciput. Nak makan nasi putih pun dah otw ke majlis tunang Kak Yue. Lagi 1/2 jam sampailah, baik 'simpan perut'.
Walid ordered mee goreng. Baru pukul 11 tapi dah boleh order makanan panas macam mee, bihun, kuey teow goreng. Serious sedap mee gorengnya. Tak kedekut rencah....ada sotong, ayam, sayur pun banyak...
Sudahlah sedap, murah pulak tu. Campur air semua baru RM27. Murah bagi kita yang duduk di bandar tapi mungkin tak murah bagi orang tempatan. Apapun, sesekali balik kampung kami memang suka cari makan di warung-warung sebegini. Murah dan selalunya sedap.
Nama dan alamat kedai Ummi tak tau tapi letaknya di sebelah kiri jalan jika kita dari Sg Petani menghala ke Kuala Ketil/Baling. Simpang ke kanan Kulim/Butterworth, kiri ke Bukit Selambau. Kiranya sebelum masuk pekan Kuala Ketil, lepas Stesen Timbang JPJ tadi tu.
rasa mcm pernah try juga roti canai sarang ni tp rupa mcm lain sikit... maybe lain tempt lain ko rupa nya kan hehehe
ReplyDeleteUiks makan ringan sebelum ke kenduri tunang. Hehe tapi itulah kena cuba nanti tidak menyesal.
ReplyDeleteNampak sedap2
ReplyDeleteWah, nanti balik Kuala Ketil, bolehlah kami singgah.
ReplyDeleteSaya belum pernah lagi makan roti canai sarang burung. Pernah makan roti atasnya ada sebiji telur mata, dipanggil roti tampal. Macam-macam nama roti ni kan..😀
ReplyDeleteNampak pun sedap, belum pernah cuba lagi riti canai sarang. Teringgin pula roti telur goyang..
ReplyDeleteRoti telur tu dan mee goreng dia nampak berselera sungguh.
ReplyDelete