Mantan guru besar sekolah rendah Ummi, Cg Seman kembali ke rahmatullah kira-kira jam 4 petang tadi. Tak salah Ummi, arwah tua 1-2 dari arwah Tok.
Arwah adalah sosok yang sangat dikenali dan dihormati oleh masyarakat setempat, sementelah beliau anak jati kampung kami juga. Bagi kami anak2 pelajar pula, arwah seorang guru besar yang sangat garang dan tegas. Garang dan tegasnya beliau hinggakan nampak bayang beliau kami sudah ketakutan! Namun ketegasan beliau amatlah diperlukan. Bukan senang nak ubah mentaliti anak-anak kampung pedalaman (dan ibu bapa) akan pentingnya pelajaran, membina keyakinan diri dan berdisiplin. Satu lagi bab penting yang arwah tetapkan ialah kebersihan. Setiap hari kami diajar untuk bergotong-royong mengutip dedaun kering di kawasan sekolah. Walaupun ada tukang kebun sekolah, murid-murid juga perlu bekerjasama menjaga persekitaran sekolah.
Untuk membasmi buta huruf dan menanam minat membaca, arwah tubuhkan sudut membaca di kebun sekolah. Memandangkan sekolah kampung kawasannya luas, salah satu kawasan berhampiran kantin, arwah dedicated sebagai kebun sayur. Pastinya ia port kegemaran Ummi :)
Walaupun garang tapi beliau seorang yang sangat mesra dan prihatin. Setiap kali jumpa arwah Tok, arwah akan bertanya khabar kami adik beradik sebab dari Paklong hingga ke Ummi, arwah pernah mengajar kami.
Moga segala jasa dan tunjuk ajar Cikgu diberi ganjaran sebesar-besarnya dari Allah SWT. Didoakan agar arwah ditempatkan di kalangan para solihin aamiin.
Al Fatihah buat Cg Seman.
Salam takziah. Moga rohnya tergolong dalam kalangan hambanya yang beriman.
ReplyDeleteSemoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman
ReplyDeleteAl-Fatihah. Moga arwah bersama orang-orang soleh.
ReplyDeleteAl-Fatihah. semoga arwah bersama orang-orang beriman
ReplyDelete