Friday 4 March 2022

Sedaplah Pucuk Keledek Goreng Belacan

Susah hati Ummi tengok pokok keledek ni, rimbun sangat 😁

Suka-suka je tanam sebab keledek oren yang bila entahnya Ummi beli ni dah bertunas! Hidup subur dia alhamdulillah.

Godek sana, godek sini jumpa resepi Pucuk Keledek Goreng Belacan airtangan sis Suria Amanda. Antara yakin tak yakin Ummi petik beberapa tangkai...


Tak berapa yakin tu sebab Ummi tak pernah makan sayur pucuk keledek. Ada yang kata berlendir, ada yang kata sedap je .. Keduanya, Ummi tak pasti pucuk keledek oren ni betul ke boleh dimakan 😅 Sebab semua yang Ummi research di Google cuma tulis pucuk keledek, tak specific keledek oren ke, kuning ke, ungu ke... :D #lurusbendul 

Potong pun tak cantik sebab dah lewat nak masak... 

Resepi: Pucuk Keledek Goreng Belacan
Sumber: Suria Amanda

Bahan-Bahan
Pucuk keledek 
Sos tiram
Air
Minyak untuk menumis

Bahan Tumbuk Halus
Bawang putih
Ikan bilis
Cili padi
Belacan

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau
2. Masukkan sos tiram
3. Masukkan batang pucuk keledek beserta sedikit air
4. Masukkan daun keledek pula. Gaul sebati. Biarkan seketika, tutup api. Siap! 

Bila dah masak tu, ciput je hasilnya... Macam sayur kangkung juga. Bila dimasak, kecut... Berair sikit sayur Ummi ni sebab terlebih sos tiram. Untuk kurangkan rasa masin sos tiram tu Ummi lebihkan air. 

Next time, nak buat lagi sebab sedap rupanya pucuk keledek ni. Yang penting, anak-anak pun makan. 



2 comments:

  1. Nasib baik sedap dan menjadi.

    ReplyDelete
  2. Mrs. A suka pucuk keledek kalau makan di restoren Casa Lagenda S2 mesti order pucuk keledek goreng sambal depa.

    ReplyDelete