Sunday 18 October 2020

Program Sains, Teknologi & Inovasi di PPAS

Sebenarnya banyak program yang telah dan akan dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). Kumpulan sasaran ialah remaja 13 tahun ke atas yang berada dalam kumpulan B40. Penyertaan semuanya percuma. Sengaja diletakkan tahap umur agar yang menyertai program-program ni faham apa yang diajar dan untuk membuka minda mereka tentang sesuatu topik. Contohnya peluang kerjaya dalam bidang muzik, programming dsbnya. 


Menarik belaka program-programnya... 



Tapi, disebabkan PKPB di Lembah Klang serta peningkatan kes positif Covid-19 sejak kebelakangan ni, rasanya program-program ni ditangguhkan. Ummi pun tak pasti library buka ke tak. 

Walaubagaimanapun Abang sempat joined program berkaitan Lego Ahad 11/10 yang lepas. Dengar je Lego memang excited dia. Walaupun umurnya 12 tahun, tapi pihak PPAS Gombak benarkan. Ialah, topik Lego..  Kebanyakan kanak-kanak sekarang tahu tentang Lego.

Malah, waktu pendaftaran Angah pun dibenarkan ikut sekali. Ummi bawa dia sebagai peneman, terus jadi peserta. Ada juga ibu ayah yang turut serta. Bagus betul.. Ummi pun diajak sama oleh urusetia tapi sebab banyak urusan lain, terpaksa tolak. Lagipun Ummi tak minat Lego. Kalau topik PowerPoint Presentation nak juga tambah ilmu :)

Tanya Abang dan Angah, apa yang dipelajari? Main Lego-lah Ummi. Buat pokok, buat burung dll... Okey-lah tu, dapat juga input dan exposure. Bak kata ibu seorang peserta ni, "Dari duduk rumah tengok TV, main games better send them here". Trainers pun khabarnya pernah bekerja di Legoland. Hari-hari kerjanya 'main Lego' kata Abang 😂😂😂. Ummi pun tak tahu nak panggil apa kerja depa, tapi they have to create new design/creation from the Lego set... Something like that. Bak kata P Ramlee dalam filem Bujang Lapok "kerja main-main, cik salmah..." :D 


4 comments:

  1. Untung budak-budak ada banyak aktiviti atau program.

    ReplyDelete
  2. Bagusnya banyak anjuran program begini. Terisi masa anak-anak dengan aktiviti berfaedah.

    ReplyDelete
  3. Menariknya ada program-program begini. Boleh rangsang perkembangan minda anak-anak.

    ReplyDelete
  4. Banyak program yang menarik. Bolehlah dorang pilih ikut minat mereka. Ada juga aktiviti yang boleh tambah skill mereka.

    ReplyDelete