Bangun dari afternoon nap semalam Ummi tengok banyak betul message di phone. Di WhatsApp group geng mak-mak riuh-rendah bersembang, sekolah tutup katanya. Ooo... Selangor, KL & Putrajaya kena lock down...
Dalam kepala terus terbayang kawad berduri, polis, askar berkawal, ada road block kat traffic light depan tu. Sempat juga berangan dapat bakul makanan (bantuan makanan) seperti di beberapa kawasan di Sabah.
Usai solat Asar, Ummi terus ke dapur. Masak nasi dan bakar ikan. Mujur pembantu-pembantu Ummi; Rice Cooker & Air Fryer tu cekap. Ummi tekan-tekan je, boleh tinggal pi kedai 😜
Dalam kepala ni tengah buat grocery list yang perlu di stock up. Texted Walid, minta izin nak ke kedai. Sampai di Speedmart, parking full. Jiran Ummi, Sya lagi awal sampai hihi... Pusing-pusing ada parking depan Freshmart. Bolehlah...
Takdelah beli apa sangat; gula, susu, Milo, tepung, sardin dan biskut je... Sebab fikirkan anak-anak kalau tak sekolah asyik nak mengunyah je... Nampak kek pisang, capai terus masuk bakul. Tiba-tiba dengar " Along, Along ambik kek pisang ni ke? Along nak makan ye? Allah! Ummi tersalah bakul rupanya 😂😂😂
Nampak macam panik betul Ummi ni kan? Tapi rasanya Ummi ni mamai haha... Sebab bila balik rumah, Ummi scroll balik info baru perasan... Rupanya PKPB, bukan PKPD 🤦♀️ Itulah Ummi, tidoq lagi lepas Asar!
Credit: Source.
Walau apapun situasinya Ummi doakan kita semua sentiasa dilindungi dari wabak ini dan sentiasa diberi kemudahan dalam setiap urusan. Pastinya ramai yang akan terjejas sama ada PKPB atau PKPD. الله يسحل.
Ada beza PKPB dengan PKPD. Entahlah... kadang2 saya pun tersasul juga.
ReplyDeleteSama saya tidur lepas Asar, bangun adik kata KL, Selangor kena PKPB. Terkejut juga. Nasib baik adik sempat balik ke Melaka sebelum balik semula ke Selangor.
ReplyDeleteKonfiuslah
ReplyDeletehahaha.. patutlah sampai terbayang kawad berduri
ReplyDeleteMemang dah jadi keliru kategori PKP sekarang, patutnya dalam PKP, tapi dah banyak jenis dah ikut zone kan. Semoga cepat pulih kembali. Kami dalam PKPB tapi semua lepak di Kampung Mak adik perempuan semua sebab ngam ngam mula masa weekend adik Nikah awal bulan ni. Nasib baik pengantin laki dapat flight balik nak nikah itupun seorang je without family sebab keadaan semasa. Hehehe fikiran busy banyak multi tasking tu tak perasan salah bakul. Nasib di Kampung ni speed art Jalan tak sampai 50meter dari rumah.
ReplyDeletemcm nama nyer.
ReplyDeletetapi yg aida tahu la kan, takkan mcm pkp yg dulu.
now, diorang nak ekonomi still on. hmmmmm...
patutnya pkp la bebetul. agar penularan dpt dikurangkan, kan.
ni kalau org still merayau ke sana ke mari, jual beli sana sini, camne nak kurang kan?
Harap tak terus menular. tapi dua hari berturut turut kes sampai 8 ratus lebih tu. Risau betul. PKPB ni okay lagi lah at least ada pergerakan urusan penting dibolehkan. Kalau terus PKP macam dulu susah juga tu. Tapi kalau dah tak ada cara lain, ikut terpaksa akur jugalah
ReplyDelete