Thursday 29 October 2020

Happy 7th Birthday Kakak ❤️

Semalam sambut birthday Kakak yang ke-7. Ada cake, ada KFC kira celebrate-lah tu bagi keluarga kecil kami 😊

Kek coklat beli di kiosk AgroBazar je. Ummi hias serba sikit bagi nampak rupa kek birthday 😁

Set mandian dari Ummi. Sejadah muka tu dari Angah. Tapi, sejadah tu sebenarnya Ummi punya haha... Asal ada hadiah je... Nak bawa diorang keluar beli hadiah untuk Kakak pun tak boleh, PKPB :( Yang masih berhutang hadiah dengan Kakak ialah Abang & Walid. Habislah Abang, minggu depan birthday Abang, Kakak tak bagi hadiah 😂

Adik bagi belon :p

Ikutkan plan asal nak ke PD. Dah booking hotel pun, 3H2M sebab last time pergi sekadar balik hari. Kononnya kali ni nak enjoy lama-lama kat PD. Tapi, bila kes Covid-19 mula cecah 3 angka selepas PRN Sabah pada 26/9/2020 kami mula pertimbang untuk batalkan tempahan. Beberapa hari sebelum PKPB di Selangor/KL ni terus buat cancellation. Ada rezeki lain kali boleh pergi, Insha Allah. 

Sayang Kakak ❤️

15 comments:

  1. sanah helwah kakak. semoga mjadi anak yg solleha & membesar dgn sihat. sy pun cancel utk bercuti, musim skrg ni hold dulu nak jalan2, harap ada rezeki nak bebas jejalan mcm dulu kan kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq zie ❤️
      Itulah sekarang ni takut nak keluar rumah :(

      Delete
  2. Happy birthday Kakak. Moga sentiasa menceriakan kedua ibubapa.

    ReplyDelete
  3. allahu comelnya, heppi birthday kakak sayang, semoga terus membesar sebagai puteri solehah kesayangan ayah bonda.. aamiin

    ReplyDelete
  4. Happy belated birthday kakak! Moga sentiasa sihat, rajin-rajin belajar dan taat pada ayah ibu ye sayang.

    ReplyDelete
  5. Happy belated birthday. Semoga dipanjangkan umur dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan. Aaminn

    ReplyDelete
  6. Happy birthday kak semoga jadi anak solehah kebanggaan ibu ayah

    ReplyDelete