Saturday 31 October 2020

Diari Tok ~ Minggu 1

31/10/2020 genap seminggu Tok jatuh sakit. Keadaannya tak banyak berubah. Adakalanya boleh duduk bersembang, adakalanya hanya terbaring kelesuan.

Asal kejadian pada 25/10/2020 tempohari pun elok lepas sarapan tiba-tiba pening katanya. Terpaksa diurut dada dan belakangnya kerana sukar bernafas. Kemudian Tok muntah-muntah dan pening. Sebelah malam pula Tok kejutkan kami sekitar jam 1 pagi. Sekali lagi Tok sesak nafas. Tok minta kami bacakan Yasin untuknya 😭 Malam kedua pun sama, sukar bernafas tapi sekejap saja. Malam-malam seterusnya Tok tidur lena alhamdulillah. 

Tadi pula Tok duduk berehat di sofa. Bangun hendak ke bilik, hampir terjatuh mujur sempat dipegang Angah. Pantas Ummi sambut tangannya takut terjatuh. Tapi itulah Tok. Bila rasa sihat sikit, suka bergerak sana sini. Yang paling risau bila Tok ke bilik air. Tapi, hari ni Tok mula pakai lampin dewasa. Makan minum pun dalam biliknya sahaja. 

Ummi dan anak-anak pun dah seminggu jugalah 'berkampung' di tingkat bawah, siang malam... Tak berani tinggalkan Tok berseorangan. Setiap malam bila terjaga dari tidur, Ummi akan intai Tok di biliknya. Bila nampak ada gerakan badan Tok atau helaan nafasnya baru Ummi sambung tidur semula. Ummi risau  :(

Kepada keluarga dan sanak saudara di kampung pun dah dimaklumkan akan keadaan Tok. Selalunya Tok tak sihat sehari dua je tapi kali ni berlarutan hingga seminggu.

Alhamdulillah pagi ni Tok boleh bangun, ke bilik air bersihkan diri dan ambil wudhuk. Moga Tok terus sihat. Jika sebaliknya, Ummi mohon dipermudahkan segalanya untuk Tok dan kami semua. 

Credit source. 

Terima kasih banyak atas doa semua 💐




13 comments:

  1. Semoga Tak sihat semula boleh jalani rutin seharian.

    ReplyDelete
  2. semoga diringankan kesakitan Tok, sedih tengok orang tua sakit, kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul SK.. Kita pula jadi serba tak kena, risau & runsing :(

      Delete
  3. Mudah-mudahan Tok sihat seperti sediakala. Syukur Alhamdulillah, berpeluang jaga Tok.

    ReplyDelete
  4. semoga Tok sihat semula. Alhamdulillah dah boleh bangun :)

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah berikan keluaran dan kesihatan koda tok

    ReplyDelete
  6. Semoga diberukan kesembuhan buat tok dan dipermudahkan segala urusan..amin..

    ReplyDelete
  7. Semoga Tok kuat dan kembali sihat. Aaaminnn

    ReplyDelete