Tuesday 20 October 2020

Again!

Credit: source. 

Menitik air mata Ummi tengok gambar ni. Masih terasa penat dan sukarnya bila takde air semalam. Dalam pukul 11 pagi (19/10) bekalan air stopped dan pagi tadi around 10.30am bekalan mula pulih. Alhamdulillah syukur. Satu hari satu malam, hampir 24 jam tapi sengsaranya hanya yang mengalaminya sahaja yang faham. Mendidih je rasa bila ada yang buat lawak pasal bekalan air ni. Depa tak rasa bolehlah gelak dan buat lawak 🙄

Saat diuji begini bila Allah hantar orang macam Ustaz Ebit ni hati jadi sejuk je. 

Credit: source. 

Walaupun kami bukan penerima air ni tapi Ummi tetap tumpang lega bila ada yang beroleh manfaat dari bantuan ustaz. Laju ustaz buat kerja dan selalu tindakannya di luar kotak. Ummi doakan agar beliau sentiasa dilindungi-Nya, diberi kesihatan yang baik serta ilham dan kemudahan untuk terus membantu sesiapa sahaja yang memerlukan. 

Moga hari-hari mendatang lebih baik bagi kita semua. Fed up tau dengan isu air ni. Makin menjadi-jadi pulak :(





8 comments:

  1. Ya Allah ujian. Semoga dipermudahkan ujian. Doa orang teraniaya makbul.

    ReplyDelete
  2. Betul. Dah fed up dengan isu air kejap ada kejap tak ada.

    ReplyDelete
  3. Allahu..ustaz ebit ni tak taula nak cakap apa, dia tak peduli apa yg org nak cakap buruk ttg dia, mudah2an ramai lagi org boleh ikut cam dia kan.
    Mudah3an masalah air ni segera pulih sepenuhnya. Alhamdulillah takat ni tempat akk tak pernah lagi putus air. Syukur sangat2

    ReplyDelete
  4. rumah mak sy kat gombak pun terlibat. fedup dah dengan isu air ni. bnyak mana boleh angkut air.pastu air yg kita tadah tu bila dah ada air buang jugak. membazir kan.. hahaha sajer luahkan perasaan hahaha

    ReplyDelete
  5. rumah mak di ampang pun affected. kat ampang tu boleh kata mcm tiap bulan mesti akan ada terputus bekalan. paip sini bocor, kena. Paip sana bocor, kena. Apatah lagi kalau LRA yg problem, mmg confirm kena. sy still xleh lupa krisis tahun 98 dulu. sy lah org yg dok pegi tolak troli penuh dgn botol p angkut air dkt lori, dkt kilang blkg rumah mak.. mmg sengsara rasanya. nak mandi bercatu bagai 😢 moga diberi ketabahan dan kesabaran buat yg terlibat. moga Allah memberi ganjaran pahala atas kesabaran kalian.

    ReplyDelete
  6. UEL memang inspirasi aida. kalau ada byk duit, memang nak tabur dlm bentuk sedekah sebegini rupa. memudahkan org lain. aduhai. byk tu pahala. semakin murah rezeki UEL.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, suami yang dapt info pasal gangguan bekalan air, balik kerja cepat2 dia penuhkan tong semua...hampir 24 jam juga tiada bekalan...

    ReplyDelete
  8. Isu pengurusan sumber air dan bekalan air di Malaysia terutamanya Selangor memang sangat mencabar. Dengan 30,000 km paip bekalan bawah tanah yang sepatutnya bertahan 50 tahun tapi ada yang telah mula pecah, masalah pencemaran yang berleluasa, etc. We are trying our best to resolve all the problem as we are also the netizen that are being affected kalau ada isu air ni

    ReplyDelete