Friday 22 May 2020

28 & 29 Ramadhan ~Projek Raya III: Kemas Rumah, Hias Rumah


Semalam dan hari ni banyak masa kami habiskan dengan mengemas dan menghias rumah. Almaklumlah tahun ni beraya di rumah sendiri. Jadi nak lebih feel raya, rumah kena lebih kemas dan selesa. Fokusnya of course  ruang tamu sebab inilah tempat lepak kami sekeluarga.

Orang mop dia nak mop, orang vacuum dia nak vacuum 😇

Alhamdulillah stuff from IKEA sampai on time. Kami expect items sampai lepas raya sebab order masa PKPB start awal bulan hari tu. Dengar pula banyak barang online stuck here and there jadi tidaklah mengharap sangat. Tapi, bila barang dah ada depan mata, mestilah teruja nak pasang/gunakan? 


Antara projek kemas & hias rumah kami untuk RAYA 2020...

1. Kemas pantry & labeling botol/bekas simpanan barang-barang dapur


2. Bersih dan repainting lampu pagar

Love this 😍

3. Gantung magnetic board untuk letak fridge magnets

Magnetic Board SVENSAS 

4. Pasang rak TV
Rak LACK.
Sila abaikan model tak berbayar tu ye 🤭

5. Ubah susun atur perabot
Ini standardlah kan... Yang bestnya Angah cakap, "Bestlah Ummi... Nampak (cantik) macam rumah orang lain.." 😂😂😂

6. Buat bunga rampai

Ini tak tahulah nak raya ke nak kawin hahaha... Walid beli daun pandan banyak bukan main, tak habis pun kalau nak buat masak. Ummi ambil beberapa pelepah buat bunga rampai. Wangi ruang tamu kami tau!

4 comments:

  1. Wangi rumah dgn haruman Bunga rampai Tu PH..

    CH pun mengemas ala kadar kebanyakkan ditolong oleh anak2..

    Salam 30 Ramadan PH..

    ReplyDelete
  2. Seronoknya buat bunga rampai ♥️
    Selamat Hari Raya Ummi & family.
    Maaf zahir & batin.

    ReplyDelete
  3. Best ya ada bunga rampai tu, wangiiii semerbak.

    ReplyDelete