Sunday 12 May 2019

Selamat Hari Ibu, Ummi 💝💝💝


Berbunga-bunga hati Ummi hari ni bila anak-anak pakat bagi hadiah sempena Hari Ibu hari ni. 

Jumaat lepas Abang dengan Angah minta duit lebih sebab nak beli hadiah. Beli dekat kedai buku sekolah je. Kakak pula macam biasalah, buat kad ucapan. Sebab dia takde duit poket juga tak ke kedai. Di Pasti tu ada jual honey stick je. Boleh je bagi duit untuk Kakak beli, tapi dia nak buat kad. Sajalah Ummi tak bawa depa ke kedai sebab Ummi nak depa usaha sendiri dapatkan hadiah tu. Tak kisah hadiah apa pun, biar depa decide dan plan sendiri. Adalah element surprise sikit untuk Ummi hehe...


I love this card wholeheartedly. Gambar Ummi dengan Kakak ni was taken during raya 2014. She was born in Oct 2013, so next raya tu terus tempah baju raya pink haha... Dah lama Ummi teringin nak pakai pink for raya. Tapi Walid not so keen sebab depa bertiga kan satu geng, lelaki. Tapi bila Kakak lahir je, hah terus setuju. Excited la tu dapat baby girl.
Pencil bunga ros tu dari Angah. Biru pun birulah Angah. It's the thought that counts.

Abang bagi pen. Ummi memang suka pen ni. Selalu Ummi 'rembat' pen dia. Actually dia pernah belikan Ummi  2-3 batang pen ni untuk kegunaan Ummi sebelum ni. Untuk Mothers Day ni pun dia bagi lagi.

Adik? Bila Ummi tanya, mana hadiah dari Adik, dia cakap "Adik kan kecik lagi..." OK Adik, Ummi tunggu hadiah Adik bila Adik besaq nanti :D


Ya Allah peliharalah anak-anak ku ini. Jadikan mereka penyejuk mata hati kami selamanya. Aamiin.

9 comments:

  1. Selamat Hari Ibu Puan ... :)

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Ibu PH..... untung depa ada ibu yg solehah...
    Untunglah dapat kad, mak sebijik pen nan hado hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak.
      Solehahlah sangat, singa ni kak 😅

      Ala, mak nak buat apa pen haha...

      Delete
  3. seronoknya dapat hadiah dari anak2 pada hari istimewa...rasa dihargai kan..hihihi

    ReplyDelete