Thursday, 16 May 2019

Daun lengkuas pun boleh...rupanya


Nama je orang kampung Ummi ni... Tapi tak tahu pun daun lengkuas tu boleh dijadikan pembalut/alas/pelapik untuk bakar ikan. Kalau daun pisang tu tahulah Ummi. Kalau tahu dah lama togel pokok lengkuas belakang rumah tu hihi...

Kangkung dan daun lengkuas. 

Ini pun semalam Ummi teringin nak makan ikan bakar untuk berbuka. Carilah resepi... Aduh, nak bakar ikan je pun tanya Google 😊 Berkenan dengan air tangan Puan Zuhaida. Ikan bakar simple garam kunyit macam ni memang kegemaran Ummi. Menurut Pn Zuhaida, daun lengkuas pun boleh digunakan untuk bakar ikan. Terus onz la buat ikan bakar. Jika daun pisang agak mudah terbakar, tapi daun lengkuas lebih tebal dan liat. Bila ikan dah masak pun, ada bahagian daunnya yang masih hijau. Cuma aromanya tak seharum daun pisang. Takpe, yang penting rasa :D 


Lepas ni, Ummi dah tak payah 'fenin' cari daun pisang buat bakar ikan. Ambil je daun lengkuas belakang rumah tu. Nak guna untuk mandi masa berpantang (satu lagi kegunaan daun lengkuas) dah tak kot :p

5 comments:

  1. Oh! You bakar the ikan just using the gas stove! Now I want to try that hee..hee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... This is a not-so-rajin aka malas version. But you can try cuma make sure the fish is not too close to the fire. Keep a distance to avoid burning.

      Delete
  2. bakar gitu, air ikan menitik tak atas dapur?

    ReplyDelete