Saturday 4 May 2019

Sambutan Hari Guru 2019


Semalam hari terakhir persekolahan sebelum masuk bulan puasa. Sekolah Abang Angah dan Pasti Kakak buat sambutan hari guru hari semalam. 


Sekolah Abang Angah sebenarnya sepanjang minggu lepas ada aktiviti sempena hari guru. Jumaat ni kiranya kemuncak sambutanlah. Isnin lepas semua murid mengundi, pilih pemenang (di kalangan cikgu2) untuk anugerah hari guru. Tahun ni buat ala GE. Siap celup jari dengan dakwat. Tapi bukan dakwat betul, air sirap je haha...

Dan 'colan-colannya' ... 


Guru paling popular dulu selalunya Muallim. Sekarang muallim dah Muallim dah pindah, Rezeki Ust Hafiz pula.

Pasti Kakak pula ada jamuan. Ummi buat kek coklat kukus dengan sediakan fruit platter. Sambil sambut hari guru, ada juga sambutan birthday anak2 dari bulan 1 - 6. Jenuh makan kek lah hari ni :D tapi sayangnya Kakak tak sihat. Asyik demam, muntah. Tapi pergi jugalah sekolah semalam, nak jumpa cikgu2 bagi hadiah.



Biasalah bila ada acara kat sekolah anak2, Ummi lah orang paling sibuk hihi... Sibuk sediakan hadiah, food dsbnya. Takpelah, setahun sekali je nak raikan guru2. Bukanlah lain hari tak hargai jasa cikgu , cuma this is their special day. Put effort sikit. Moga berkat ilmu anak2 dapat.

Ada yang dapat stationery, ada yang dapat kurma, ada yang dapat dua-dua. 

Kek Kukus Coklat Ummi buat dalam bekas plastic. Sebab tahu banyak food, nanti tak termakan. Budak2 kan banyak mana sangat makannya. Letak dalam bekas macam ni senang cikgu nak tapaukan untuk murid-murid.


Selamat Hari Guru!
Terima kasih cikgu-cikgu 
💖💖💖

3 comments: