Ahad lepas Ummi bersama bff Ummi, Fang ke Banting menziarahi seorang teman rapat kami, S yang kini bergelar ibu tunggal. Selain nak bertanya khabar, bertemu muka tujuannya juga nak menyampaikan sumbangan hari raya hasil sumbangan rakan-rakan se-uni dulu. Asalnya ramai yang nak join but at the end only two of us with our family je yang available. Alhamdulillah Walid pun tak banyak soal bila Ummi ajak temankan sebab S pun kawan Walid juga.
Tapi itulah nak buat baik pun ada juga ujiannya 😅 elok je nak gerak, Fang call bagitau tukar program. Jumpa S pukul 11, bukan pukul 9. S ada urusan di luar. Alang-alang dah start enjin kereta, kita jalan je kata Walid. Berpusing-pusinglah kami tanpa haluan just to kill the time. Dari pukul 8 ke pukul 11 berapa jam tu?
Hah ini dekat Showroom Rahman Brothers, Batu 3 Shah Alam. Ahad kedai katup rupanya. Patutlah tak ade salesman datang entertain kitorang. Ingatkan depa taknak layan kami 😆😆😆
Hitam ka putih?
Dua-dua Ummi suka 😍
Sampai di Banting belum pukul 10. Nampak ada pasar pagi, singgahlah sekejap. Since semua kelengkapan raya dah almost complete, tak beli apapun. Except for the boys, depa beli Beyblade seketul sorang. Banyak masa lagi. Masuk kedai bunga ni. Adoi memang cari pasal! Rambang mata Ummi tengok bunga cantik-cantik belaka especially orkid hiasan. Sekarangkan orkid tengah 'in'. Harga pun jauh lebih murah dari online. Material/kualiti maybe lain tapi Ummi tak kisah pun. Janji cantik di mata Ummi. Dan harga mampu milik.
Dah dapat bunga cantik macam ni terus lupa kena 'game' dengan diorang berdua tu 😆
Finally, pukul 12 lebih baru S sampai. Dah tu boleh pula terlupa house key dalam kereta dia. Dia balik naik kereta member dia. Bertuah sungguh kawan Ummi sorang ni. Lepaklah kami di surau berhampiran rumah sewanya. Kalau kami bertiga berjumpa memang masing-masing berebut-rebut bercakap. Pastu pakat ketawa.
Pukul dua barulah berpisah. Sekali imbas, rasa macam lamanya masa kami terbuang that day. But, when I looked back it was a well spent time. Syukur I'm able to make myself available for her. A friend in need is a friend indeed. Moga ukhuwah kami kekal till jannah. Salah satu golongan yang beroleh naungan di hari kiamat ialah mereka yang bersahabat kerana Allah Taala. Doa Ummi kami bertiga termasuk dalam golongan tersebut aamiin.
datang sini balas kunjungan.. mata terpaku kat orkid! adoii lawa la... sukaaa
ReplyDelete🤗
DeleteSinggah lalu tenguk orkid
ReplyDelete🤗
Deletehari tu kat mall orkid plastik 3xx lebih... mang aii mahal giler
ReplyDeleteAllah mahalnya. Yg akak beli ni murah je, 30 hinggit. Tgk kat Internet ada jual 70. Tapi tak sure plastic ke latex.
Delete