*Entry tertangguh*
Terengganu memang terkenal dengan pantai-pantainya yang indah. Jadi, kami juga tak ketinggalan memgunjungi pantai sewaktu di Ganu awal bulan tempohari. Top up vitamin sea kata orang :)
Pantai Tok Jembal
Abang bawa ke sini sebab dia selalu juga datang bersama AF.
Pantai ni berteluk sebab ada pulau buatan yang dibina sebagai pemecah ombak. Air nampak dalam tapi ada je yang mandi-manda.
Hari pertama cuma ambil angin di tepi laut. Ada jual-jual dan kedai makan juga. Kejap je kami di sini sebab dah nak Maghrib dan hujan mula turun, renyai-renyai.
Hari kedua datang lagi. Adik nak mandi laut. Itu pun main ombak di tepi pantai je. Ombak kuat, tak berani nak bagi masuk dalam air. Pantai ni macam bercerun. Sekali ombak datang, sekali kita rasa pasirnya menurun ke bawah.
Abang Angah jadi life guards Adik :D
Air laut makin tinggi, langit pula makin gelap. Jom la beransur...
Ada rezeki kita piknik di sini lain kali In Sha Allah.
Pantai Teluk Ketapang
Pantai favorite kami kalau ke KT.
Ini belah pagi, cuaca cerah dan cantik. Gambar pun elok la cukup cahaya kan...
Gambar depa berempat 8 tahun lepas di pantai ni. Comel je Adik tu, masih pakai pampers time ni :D
Pantai Batu Rakit
Damai suasana di sini.
Ada beberapa orang penduduk setempat duduk bersantai di pondok tepi pantai ni. Seronokkan lepak tengok pantai, ombak dan laut.
Ummi tak sure pantai ni orang mandi ke tidak. Pantai ni mengalami hakisan yang agak teruk. Kami singgah sebentar je, Abang ajak tengok tempat di selalu lepak iaitu Nyiur Cafe dekat sini.
Alhamdulillah dapat top up vitamin sea :D