Monday, 23 November 2026

Sarapan Nasi Bukuh Mama Tini

Walid pergi market, nampak ada orang jual nasi pelbagai jenisdi tepi roundabout Sri Gombak tu. Jadi singgahlah beli sarapan di situ. 

Kenal kan Mama Tini ? 
Ibu kepada Neelofa. 

Kata penjual semuanya ori dari Kelate. 
Nasi Bukuh Mama Tini ni memang adalah dengar namanya sebab Neelofa buat review kan. Nasi berlauk Fizow Kitchen ni Ummi tak pernah dengar. 

Bagi Nasi Bukuh Mama Tini kertas pembungkus warna berbeza digunakan untuk lauk berbeza. 

Ummi makan Nasi Bukuh lauk gulai ayam (pembalut hijau). Ada gulai ayam dan sambal lada. Gulai ayam dan sambal lada sedap esp sambal lada tu. Pedas yang buat kita nak makan lagi, dan lagi. Nasi agak keras sebab dah sejuklah. Overall sedap dan boleh repeat. 

Ummi ambil timun dalam peti ais, hiris dan makan bersama nasi ni. Bertambah sedap. Cuma mungkin Mama Tini tak letak timun supaya nasi tahan lebih lama (takut timun masam, menjejas rasa). 

Yang pembalut biru lauknya daging berlengas. Sedap cuma keringlah takde kuah. Antara dua (gulai ayam vs daging berlengas), Ummi pilih gulai ayam. 

Nasi Berlauk Fizow Kitchen ni Adik yang makan. Lauknya ayam masak kicap. Ummi tak rasa jadi tak dapatlah nak review/komen. 

Harga Nasi Bukuh Mama Tini RM8/ bungkus. Boleh try sebab sedap dan mengenyangkan. Bukan paid review ye, just share 🫰🏻



Tukar Duit Rosak


Duit yang Ummi pegang sebagai amanah ni rosak. Duit ni Ummi ikat dengan tali getah. Tapi bila dibelek yang warna oren tu bukan tali getah reput. Ada beberapa helai yang kena stain ni. Tak pastilah apa benda oren tu. Dia mengeras dan lekat di duit kertas ni. 

Mula tu  cuak juga, tapi teringat yang duit rosak boleh je dibawa ke bank untuk ditukar. 

Ummi Google dulu info cara nak tukar duit ni. 

Boleh tukar di bank biasa/komersil. 

Untuk kepastian, Ummi tanya kawan yang kerja di BNM. Alhamdulillah confirm boleh tukar di bank biasa. 

Walid tolong tukar di Bank Islam. 
Alhamdulillah dapat ganti on the spot. 


Sunday, 22 November 2026

Reunion Keluarga Chey Hj Deraman


Chey Deraman (Abg Rahman) dan isterinya Wan Halimah adalah moyang Ummi di sebelah bapa (sebelah ibu Tok Wan). Moyang Ummi dulu kahwin sepupu, begitu juga parents kepada moyang. Kami keluarga besar Hj Jamal. Ummi generasi ke-6 dari keturunan Hj Jamal ni. Abang dan adik-adiknya generasi ke-7. 

Ummi tak dapat hadiri majlis ni tapi hendak juga simpan memori di blog kesayangan. Adik beradik Ummi yang hadir ialah Makngah (kakak Ummi). Makngah tinggal di Baling, jadi Makngahlah wakil keluarga kami. 

Majlis di masjid kali ni...


Gulai Batang Pisang wajiblah kalau kenduri di kampung kami... Dengarnya ada yang sponsor majlis kali ni. Alhamdulillah rezeki dikongsi bersama. 

Kerabu tauge dan ulam ulaman. 

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Semoga ukhuwah keluarga besar kami sentiasa kukuh dan dalam rahmat-Nya. 






 


Minum Petang & Roti Ooobun

Ahad lepas. 

Ngeteh sambil tunggu baju dikeringkan di laundry. 

Roti Ooobun Ummi beli di My News sebaris dengan Nas Bistro. Kami lepak di Nas Bistro. 

Hujan lebat mencurah-curah. 

Kalau masuk kedai mamak, Ummi selalu tanya Walid, pisang tu free ke? Haha... Berkenan tapi tak pernah pun beli. Sebab biasa masuk kedai mamak di dah ada target nak makan apa. Lagi pula dekat Nas Bistro ni dah hafal dah menunya. 

Walid order mee goreng telur mata.

Adik as usual, megi goreng telur mata. 
Dia minta tukar telur mata sebab telur mata dia tak cair macam Walid dapat :D

Depa layan mee megi goreng, Ummi layan roti Ooobun ni. Sedaplah roti ni. 
First time Ummi makan. Harga dalam RM1.80/pek. Ummi makan yang cheese dulu, rasa lemak-lemak manis. Adalah rasa cheese tu. Walid dan Adik pun cakap sedap. Dia macam roti bakar tapi tak keras. Lembut, lembab dan quite fluffy. 


Yang blueberry Ummi makan esoknya. Pun sedap. Yang ni ada rasa manis-manis masam macam makan jem blueberry. 

Kalau in hurry ke, nak alas perut sebelum travel ke sesuai roti ni. Memang sedap dan mengenyangkan. 

Kawan-kawan dah try Ooobun ni? Suka flavor mana? Ummi suka yang cheese compared to blueberry flavor. Yang cheese tu rasanya lebih kurang macam original toast. Perisa lain belum try. 



Saturday, 21 November 2026

Adik | Sukan Sekolah


Telah berlangsung dengan jayanya Kejohanan Sukan Sekolah SRAI untuk tahun 2026. Tahun ni acara Sukaneka di sekolah saja. Tahun lepas ada acara balapan di Stadium UIA. 

Hari Khamis raptai dan sebahagian acara. Adik main acara Kaki Gajah (pakai terompah gergasi berdua setiap pusingan). Dapat #4. Sebab terompah pecah/patah masa last round 😆
Mengadu dekat Cg yang jaga acara, 

"Teruskan je, dah tempat last dah pun..."  
😅

Jumaat pula acara Baling Belon. Yang ni dapat Johan 👏🏻

Medal Adik dapat.
Tempat ke-4 pun dapat medal :D 


Kedudukan mata sebelum markah perbarisan rumah sukan. Biru mendahului. Tema kali ni stesen minyak. 

Merah Caltex
Biru Petron
Kuning Shell
Hijau Petronas 

Adik rumah biru 💙

Sayangnya selepas ditambah markah perbarisan, rumah merah juara keseluruhan 👏🏻

Sebab 👇🏻


Depa panggil Bomba sebab stesen minyak depa terbakar 😆
Gimik depa la ni.... Nak pula bomba pun warna merah, kenalah dengan tema depa. 
Haish, tak aci. Patut rumah biru panggil polis la, biru kanssss ...  

Part paling best, kena sembur air Bomba :D 

Kedudukan Rumah Sukan SRAI 2026

Juara 🟥
Naib Juara 🔵
Tempat ke-3 🟨
Tempat ke-4 🟢

Tahniah semua! 



Friday, 20 November 2026

Sabtu = Santai

Cerita Sabtu minggu lepas, bukan minggu ni 😁


Ummi masak Nasi Tumis Pandan lagi. 
Sekali masak makan sampai malam :D 

Kisahnya Walid ada program graduasi Tahun 6, separuh hari dekat sana. Lunch disediakan. Untuk Ummi dan Adik di rumah, Ummi masak Nasi Tumis Pandan ni je la. 


Ayam goreng celup tepung dan telur rebus je lauknya. 


Sambal tumis bilis. 
Cili Ummi kisar sehari sebelum. Ummi perasan kalau cili kisar kita simpan semalam atau lebih, bila tumis tu cepat pecah minyak dan rasa sambal lebih sedap. Ummi kisar cili masuk siap-siap bawang merah, bawang putih dan halia. 


Simpan ikut kuantiti yang nak digunakan sekali masak. Sebelum masuk freezer, tabur garam halus sikit atas cili kisar. Garam tu untuk tak bagi cili berkulat kot. Lupa dah function dia. Pernah baca tips ni tapi di mana ya?  😁


Memandangkan dah masak nasi bajet untuk makan tengahari sekali, dapatlah ber- me time dan bersantai-santai sambil baca buku.... Berjaya juga habiskan buku ke-13 untuk tahun ni. 
More to go In Sha Allah 💪🏻

Cucur Kembung @ Cucur Manis

Cucur kembung atau cucur manis ni kepakaran arwah Tok. Waktu Tok masih ada, kerap Tok buat Ummi dan anak-anak. 

Selain Tok, Tok Kodiang (ibu Maksu) pun pandai buat cucur kembung. Masa Ummi Walid di tanah suci dulu, hampir setiap hari Tok Kodiang buatkan cucur kembung untuk Angah. Ada sekali tu birthday Angah, Tok Kodiang hadiagkan sepiring cucur kembung untuk Angah. Sweet kan... 

Ni hasil Ummi airtangan Ummi. 
Tak bulat sebab malas nak menjemput, Ummi guna sudu. Ummi tak pernah ambil atau belajar resepi dari Tok. Jadi, untuk cucur kembung yang Ummi buat ni main agak-agak je... 

3 cawan tepung gandum 
3 sudu tepung beras
1 sk serbuk penaik
2 sb gula
1 sk garam
2 sb susu pekat manis (bancuh dgn sedikit air panas hingga larut 
Air sejuk peti ais secukupnya 

Caranya: Satukan tepung gandum, tepung beras, serbuk penaik, garam, gula dan susu pekat yang dibancuh bersama sedikit air panas. Gaul sebati dan tambah air sejuk peti ais sikit demi sedikit hingga adunan rata/tak berketul. Biarkan adunan kembang sekurang-kurangnya 15 minit. Panaskan minyak, jemput/sudukan adunan dan goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan cucur. 

Ada orang suka makan panas-panas, ada juga suka makan bila dah sejuk. Ummi suka dua-dua, sejuk atau panas. 

Ada yang minat cucur kembung @ cucur manis ni?