Thursday, 8 May 2025

Oh My Tot

Welcome to slot "Tot Buat Hal Apa Hari Ni" :p

Bukan phone je kena charge, si tembun ni pun sama 😂


Asalkan bahagia ye nak ☺️

Wednesday, 7 May 2025

Hadiah Perpisahan

2/5 hari tu last day untuk one of schoolmates Kakak, Q. Berpindah sekolah ke WP. 

Kakak hadiahkan tudung untuk Q.

Malam tu pula guru kelas Kakak maklumkan yang hari tu juga hari last beliau mengajar di SRAI. Dapat notis untuk bertukar ke SRA. Tapi Isnin Cg Hasfa akan ke sekolah sekejap untuk serahan tugas dan jumpa murid-muridnya. 

Masa majlis UPKK Kakak tu, sempatlah Ummi jumpa CH, ucap terima kasih semua... Terkejut tiba² cikgu tukar sekolah. Rupanya Cg naik pangkat, alhamdulillah. 

Alhamdulillah Ahad tu sempatlah juga beli hadiah untuk cikgu. Tanda kenangan 🥹 

Hadiah satu lagi untuk Cg Farha, guru kelas Kakak darjah 4 & 5 dulu. CF pun dapat last minute notice. Lepas ni tak mengajar tapi masuk ofis JAIS/PAID gitulah dengarnya. Tak jumpa CF hari tu sebab tak tahu pun cikgu nak pindah juga. Ahad tu baru tahu :( 

Gambar kenangan CH dan anak² 6 Intelek.

Ni je gambar Kakak dengan CF, masa darjah 4. Cg Sal yang tudung biru tu pun dah pindah tahun lepas. 

Selamat maju jaya utk Q dan cikgu berdua. 
Ada rezeki jumpa lagi 🫰🏻


Angah ~ Merentas Desa & Fun Walk

Cerita Rabu 30/4. 


Sekolah Angah buat program Merentas Desa & Fun Walk. Tahun lepas di masuk acara merentas desa ni, tapi tahun ni setiap rumah sukan tu hanya hantar 15 orang wakil (kalau tak silap). Yang tak terpilih ni automatik masuk Fun Walk. 

Tapi, Angah tak joined pun. Dia jadi AJK, jaga checkpoint. Eh, macam Ummi la jaga checkpoint :D 

Gambar takde, tapi Ummi selit la gambar tahun bila ntah... Buat raso² 😁 

Kalau virtual run ni masa PKP la, maybe 2021. 




Tuesday, 6 May 2025

Taklimat PBS dan Majlis Anugerah 9A UPKK

PBS = Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Memandangkan ramai parents terutamanya yang anak sulongnya darjah 6 dan tiada pengalaman berkaitan urusan permohonan dan pemilihan ke sekolah menengah khususnya SBP/SMKA/MRSM maka pihak sekolah dan PIBG ambil inisiatif untuk anjurkan program ni. 

Taklimat disampaikan oleh pegawai JPNS. Takde perubahan dari segi PBS ni. Masih guna elemen pentaksiran yang sama; PBD, SEGAK,PAJSK semua tu... 

Selesai taklimat, bermulalah acara yang dinanti²kan... 

Keputusan UPKK Kakak dah dapat masa bulan 3 hari tu.  

47 orang semuanya dapat 9A.
Yang buat semakan keputusan belum keluar result-nya. Mudah-mudahan ada rezeki ramai lagi kawan² Kakak dapat 9A 🤲🏻 

Dapat choc bouquet, duit RM50 dan plague. 
Abang dulu dapat duit saja, RM50. 
Angah dapat duit RM50 dengan plague rasanya. 
Makin tahun meriah hadiahnya. 
Mudah-mudahan ada rezeki Adik juga nanti 🤲🏻

Kakak on stage...

Gambar dengan besties of course la ada kan...

Tak cukup korum sebab Nuha balik kampung while Aufa balik awal. 

Macam² pose nak buat. 
Mujurlah Mama Nurin rajin melayan hik... 

Tahniah semua ❤️

Pulun untuk PSRA pulak ye anak² 💪🏻

Menang GA Pertama Tot's Blog

Alhamdulillah syukur Ummi terpilih sebagai pemenang tempat ke-2 GA Pertama Tot's Blog. 

Rezeki kami bertiga alhamdulillah 🤲🏻

Hadiahnya telah selamat diterima Jumaat lepas alhamdulillah. 

Ada fridge magnet, keychain dan coin purse 'Kelantan' ❤️

Paling dinanti semestinya benih bunga matahari dari Tot. 

Setakat ni belum sempat semai sebab tak cukup pasu dan tanah pun habis. Yang Uncle India jual tanah tu pun tak datang pula bila kita nak beli tanahnya. Kalau time ada stok tanah tu, rajin pulak Uncle lalu dengan lorinya tu :p

Apapun terima kasih banyak Tot atas kiriman hadiah dan penganjuran GA ni. Semoga Allah SWT luaskan rezeki dan dipermudahkan segala urusan hendaknya 🤲🏻 

Tahniah juga untuk pemenang⁸ lain 🌻

Monday, 5 May 2025

Dinner Simple²

Ada beberapa malam rasa takde selera nak makan nasi. Jadi Ummi masak mi/bihun je untuk makan malam. 

Mee Hailam

Senang je masak Mee Hailam rupanya ye... 
Mula² Ummi tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar hingga naik bau. 

Kemudian Ummi masukkan perencah Mee Goreng Adabi ni. Tiru idea Kak Nab (TikToker). Tumis sampai pecah minyak then masukkan hirisan daging rebus berserta air rebusannya juga (masuk sikit², jangan banyak sampai hilang rasa perencah tu). Kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kalau nak masukkan sayur yang keras² macam carrot ke, baby corn ke masukkan masa ni.  Tambah air, sesuaikan rasa (masukkan garam,gula, serbuk perasa) dan bila kuah mendidih, masukkan mee dan sayur lembut macam tomato dan sawi. Kemudian pecahkan telur dalam kuah. Bila mendidih tutup api. Once dah masak ni kena makan terus, nanti mee kembang, tak sedap. Hidang bersama bawang goreng, hirisan daun sup, daun bawang dan cili merah. 

Bihun Sup w Meatballs.
Sebahagian kuah soto Ummi frozen-kan. Panaskan semula kuah, tambah meatballs yang telah direbus. Celur bihun, sedia untuk dimakan. Jangan lupa sambal kicap. 

Malam tadi goreng bihun je. 
Telur rebus tu geram betul, tak bagi kerjasama 🫣