Saturday, 9 September 2023

Family Gathering Day Anak Cucu Tok (Day 3)


Hari ke-3 aktiviti bebas! 

Lepas Subuh Ummi naik atas rooftop. Just to enjoy the scenery...

Siapa nampak bintang? 
Ralit Ummi menatap langit Subuh. Mendamaikan. 

Waiting for the sunrise ☀️

Sambil² tu Ummi tinjau kawasan perkhemahan. Ter-snapped gambar   
couple tu... It reflects how the suasana that morning, very laid-back. 

Bila dah cerah, Ummi morning walk dengan Angah. Pusing satu resort tu... Habis tour dengan Angah, sambung morning walk dengan Walid pulak... 

Terpesona tengok bunga tahi ayam warna ni. Cantik sangat!

Breakfast pagi tu.
Lepas makan, kanak-kanak riang semuanya terjun kolam. Bagi depa chance sebelum checked out. 

Dalam kami sibuk berkemas tu, rupanya Tok Tam Rah dah siapkan lauk lunch untuk kami. Ini yang sayang Tok Tam Rah ketat-ketat ni 🤗

Ada baki lauk dinner malam tadi, tapi Ummi cuma ambil terung rebus dan telur dadar ja. Dan sikit sambal udang. Alhamdulillah kenyang, semua suka hati nak teruskan perjalanan ke destinasi masing-masing. 

Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada orang kuat program ni; khususnya Tok Tam berdua dan Paklong AP. Untuk ahli keluarga lain, you all memang ohsem! 

Kita tak ramai, tapi kita ada💪

Thursday, 7 September 2023

Nasi Ulam Kedah

Malam semalam Angah bawa balik daun kunyit dan pucuk ulam raja, pemberian jemaah surau. Makin hari makin menarik pulak pemberian jiran-jiran kami ni :D
 
Dia bungkus ulam raja tu dalam daun kunyit 😁

Kebetulan nasi sejuk banyak, malas nak masak yang baru, nanti berbaki juga. Jadi, Ummi dapat idea untuk buat nasi ulam memandangkan ada ulam raja tu. Daun kunyit tu dah tua, kalau pucuk sedap juga dimasukkan sekali. 

Pucuk² lain Ummi petik depan rumah je...

1. Nasi dilerai/diperoi dan ulaman dihiris halus. Begitu juga cili padi.
2. Tumbuk bawang Holland (guna ¼ je, ikut kuantiti nasi), lengkuas dan serai hingga lumat. 
3. Gaul nasi bersama bahan tumbuk, ikan masin dan kerisik.
4. Masukkan ulaman, cili padi, lada hitam dan gaul sebati. 
5. Masukkan garam secukupnya dan gaul sebati semuanya sekali lagi. Siap! 

[Resepi lengkap di Daily Makan]. 
Terima kasih empunya resepi 🌷

Tadaa... 

Untuk anak-anak Ummi goreng nasi selebihnya. Tau dah depa tak makan, takut tengok dedaun hijau tu 😬 Lepas tu Ummi goreng ayam je buat lauk. Dinner is done. 

Takut tak kenyang, order Roti John jugak :D 

Daun kunyit Ummi masukkan dalam Masak Lemak Telur Itik untuk makan malam nanti. Itupun baru ⅓ daun digunakan. Daun dia besaq. Kalau ada kerajinan boleh buat rendang. Kalau rajin la :p 

Family Gathering Anak Cucu Tok ~ Lucky Night!


Sambung cerita sebelah malam pula... Cerita siang boleh klik link 👆

Setiap keluarga diminta bawa hadiah bernilai tidak kurang RM50 untuk sesi tukar-tukar hadiah ni. 

Sebelum tu, penyampaian hadiah untuk sukaneka dulu...

Team Haziq vs Team Abang. 

Semangat masing-masing bukak hamper.. 
Untuk sukaneka dewasa ada 2 kategori; belum warga emas vs warga emas 🤭 Hadiahnya pun hamper juga. 

Akhirnya yang ditunggu-tunggu, acara tukar-tukar hadiah 🤩

Ini hadiah dari kami, beli di Aeon Seri Manjung tempohari. 

Mula² Tok Umi cabut nama, and the cycle were like this; 
Tok Umi > Tok Tam > Makngah Zana (dapat cash sebab Tok Tam lupa masukkan dalam kereta hadiah yg dah dibeli) > Paksu > Walid > Tok Umi (pi mai pi mai tang tu 😂) dan seterusnya Ummi dah tak ingat. Teruja tunggu giliran sendiri ja :D 
Dua nama terakhir; Paklong AP dengan Maklong Syima tukar sesama sendiri.

Hadiah kami dapat 🤩
Mula tu cuak, ingat hadiah tak best sebab Maksu kata pagi Sabtu baru beli haha ...
Intai² nampak barang kesukaan...

Set Tupperware gais :D 

Alhamdulillah it was a memorable night; full of love and laughter 💗

Wednesday, 6 September 2023

Family Gathering Anak Cucu Tok (Day 2)


Seronok betullah bila bangun tidur tak payah fikir nak masak apa, makan apa :D Sebabnya breakfast provided (complimentary), manakala lunch & dinner Tok Tam dah tempah makanan dengan caterer resort ni. 

T-shirt untuk program hari ni ...
Tok Umi sponsor untuk semua semua cucunya. Anak menantu self-sponsored 😅
 
Awal pagi tu semua berkeliaran di sekitar resort. First thing kami buat of course ke sungai! 

Tenang sangattttt!
Jangan terkejut nampak owl di seberang sana, itu pun resort gak :D 
 
Celup-celup kaki dulu... 
Lepas sarapan nanti ada telematch, tak leh basah-basah lagi. 

Lepas tu depa ajak Makngah naik bukit pulak. Layannnn!

View dari atas bukit. Tak sia-sia Ummi gagahkan diri ikut depa, pemandangan atas ni lawa. Berbaloi untuk didaki. 

Tedia... Curam! 
Naik tadi dah satu hal, nak turun pun kaki kena kuat gak, takut tertomoih ke depan 😆

Complimentary breakfast by the resort. Sewa bilik termasuk sekali dengan breakfast...

Photoshoot dulu sebelum main...

Berjaya juga! Itu pun jenuh kepung budak² :D 

Lepas budak² main, orang dewasa pulak...

Lepas main semua bergerak ke sungai... Geng Dapur goreng nugget dan buat sandwich untuk makan di tepi sungai. 
Momen paling best rasanya kat sungai ni la... Hampir semua turun dalam sungai; kecik besar tua muda... Momen yang paling manis untuk dikenang. 

Tok Tam dan Pakngah Syahir buat kolam kecil untuk anak cucu mandi. Sungai ni berbatu, budak² susah nak mandi. Jadi batu² kecil tu dialihkan dan disusun umpama kolam kecil. Lebih selamat untuk budak². Air sungai walaupun cetek tapi arusnya agak deras. 

Lepas mandi sungai, pakat mandi pool pulak! 

Tak tau penat depa ni :D 

Lunchtime! 
Naik dari sungai semua lepak dekat tempat makan. Sejuk² mesti perut berbunyi kan... Nampak je caterer datang, pakat serbu 😆

Kari Ikan Bawal dan sardin airtangan Tok Tam Rah. Kari tu marvelous!  I wish I had a cooking skill like her. Campak-campak pun sedappp! Masak pun lajuuuuu... Kita baru terkedek-kedek nak potong ikan, dia dah ready tumis rempah bagai... Mana ikan mana ikan? Haha... 

Sebelah petang kitorang masuk dapur lagi... Ummi, Maksu, Cik Nora, Maklong Fyda & Maklong Syima geng dapur but the MasterChef of course Tok Tam Rah. 

Tengah sedap melayan cempedak goreng, Maksu Dina dan Paksu Arshad sampai. Depa bawa durian Batu Kurau! 

Around 6 Tok Tam Man ajak Abang pasang api campfire 🔥 

Sempat lagi Tok Tam Rah goreng nasi! 
Masa ni kitorang dok borak around the campfire. Best la... Kawasan pun luas, anak2 bebas berlari sana sini. Kawasannya pun selamat. Takdelah nak kena kepung 24 jam. 

Perfect! 

Hujan kejap Maghrib tu... 

It's dinner time...

"Asyik makan je kita ni Kakngah," kata Maklong Fyda. Hahaha... Rezeki jangan ditolak :p 

Lepas dinner ni ada acara lagi. Tapi Ummi hold dulu. Panjang sangat story :) 

The night ended with fireworks and firecrackers for kids and gossiping for the ladies :p 

Tuesday, 5 September 2023

Merasa Juga ☺️

Sebelum pergi kenduri SA hari tu kami singgah dulu di Aeon Wangsa Maju, beli hadiah kahwin untuk SA dan untuk adik tailor favorite Walid. 

Nak naik tingkat 1 tu, lalu dulu bahagian groceries. Nampak shine muscat grapes dan peach viral tu... lama dah teringin nak rasa buah-buahan viral ni. 

Shine Muscat Grapes. Harga dalam RM13/pek, from China. 

Ummi ingatkan anggur ni rangup tapi yang ni kurang crunchy, teksturnya padat dan rasanya manis masam dan berlemak sikit. Kalau anggur biasa tu bagi Ummi rasanya masam manis dan isinya jernih. Sedap memang sedap tapi sebab tak berapa crunchy Ummi prefer seedless grapes dekat Jambatan SC tu lagi 😆 

Donut Peach Viral, RM9.90/pek, also from China. 

Rasanya manis, rangup sedap dikunyah. Kulit sedikit tebal, macam buah plum. Bagi Ummi rasanya pun hampir  sama dengan buah plum. Maybe sebab dua-dua from keluarga buah yang sama; Prunus. Not sure why there's so much hype about this fruit ✌️

Anyway, wish list untuk rasa buah-buahan ni is ✅


Family Gathering Anak Cucu Tok (Day 1)

Alhamdulillah hasrat untuk berkumpul anak cucu cicit Almarhumah Nenek (Tok Midah, nenek Walid/ibu Tok Umi) telah terlaksana pada 27/8-29/8/2023. Memandangkan Almarhumah Nenek orang Perak, jadi semua setuju untuk adakan majlis ni di Gopeng, Perak. Alhamdulillah semua adik-beradik Tok Umi; Tok Teh, Tok Tam dan Tok Su dapat hadir bersama anak dan cucu masing-masing. 

Paklong AP penyelaras program kali ni. Dari booking tempat, kutip duit, tempah T-shirt, sediakan itinerary semua dia tapau 😆 
Manakala Tok Tam berdua pula penaja program. Banyak yang depa taja antaranya tempahan makanan. Rezeki dikongsi bersama kekdahnya. Mereka bertiga ni lah orang kuat program ni. Terima kasih yang tak terhingga! Yang lain-lain pun ada sumbangan dan peranan masing-masing. Alhamdulillah masing-masing tak berkira nak menyumbang dari segala segi; tenaga, wang ringgit, masa dsbnya. 

Kami sekeluarga, Tok Ayah & Tok Umi (bersama kami) dan Paksu sekeluarga berkonvoi dari kenduri Ijah di Penang ke Gopeng. Selepas 3 jam perjalanan, sampailah kami ke tempat dituju. Ikutkan nak goreng cempedak untuk minum petang, tapi Paksu singgah dulu di Batu Kurau. Hampir Maghrib baru depa sampai. 

Cempedak dan dokong dari kebun Tok Ayah. Jenuh sumbat dalam kereta Paksu :D

Bilik kami...
Paklong AP dah tolong on aircond siap²... Lega! 

Solat Maghrib dan bacaan doa/tahlil. 

Lepas tu kita bakor²... Serah ke BBNU kerja bakor² ni... Perapan dan bahan semua sponsored by Tok Tam. 



Pinggan Makngah 🤭
Grilled lamb tu share²...  Lamb yang dah siap bakar tu kami potong kecik² agar semua dapat merasa. Makngah pilih hat banyak lemak, sebab Makngah tukang potong haha... 

Biscoff Cake by Maklong Syima. Sedap! Macam² makananlah ada. Pakat bawa sorang sikit... Sambil makan sambil sembang memang seronoklah kan...

Tiba-tiba gegirls datang buat birthday surprise untuk Walid 🤩 Kek marble je, Ummi tempah dengan Maklong Syima. Dia tak berani nak buat bday cake sebab tempat gathering ni agak jauh, takut kek rosak. 

Sebiji Ummi bagi Maksu, suruh dia kongsi dengan Maklong. Buat raso² sebab Maklong tak dapat join. 

Takde aktiviti khusus malam ni sekadar makan-makan, sembang-sembang. Lepas tu semua masuk tidur awal sebab masing-masing pun kepenatan.

 Jumpa esok for more amazing activities!