Monday, 13 March 2017

Spicy Korean Fried Chicken



Satu-satunya cerita Korea yang Umi tengok hanyalah Running Man. Itupun kalau anak2 tak tengok citer kartun. Gelak sakan Umi tengok gelagat depa tu; spontan, hilarious and sometimes cam innocent je kan. Uda lainlah, makan tidoq, siang malam semuanya citer Korea ja. 

Tapi terpandang ayam masak Korea kat blog Kak Hainom terliurlah pulak. Anak kak hainom salut ayam tu dgn oat, memang kenalah sbb Umi pun nak habiskan oat yg ada tu. Beli dulu kononnya nak diet, bekfes oat pagi2.  Tapi belum pukul 10, dah selongkar periuk cari nasik sejuk!

Resepinya Umi ambil dari blog resepi citarasawan. Terima kasih ye tuan tanah, juga anak kak hainom yg bagi inspirasi.  Mudah dan cepat je nak buat. Sedap pulak tu. 

Walid suka, Umi suka, anak2 pun suka. Alhamdulillah. 

Sunday, 12 March 2017

Mali's Corner



Dah lama tak pekena char kuew tiau dekat Mali's Corner ni. Semalam pergi la minum petang. 

Kalau datang sini tak sah jika tak order nasi lemak ayam and of course their signature dish, char kuew tiau. Air semestinya limau suam/ais lah as we used to do during our uni days. But since B made the order, everyone got syrup ice. Fair and square gitu :)

Now they occupied 2 lots kat ground floor tu. One side utk kuew tiau and the other side utk nasi lemak dan air. So semalam kena beratur 3 tempatlah utk order 3 menu termasuk air. Luckily hubby did the job :)

Tempatnya dah selesa sekarang, luas. Even surau and restrooms pun ada but I still miss the old place, dekat Tar College dulu tu. Makan bawah pokok je tapi best. Tak sure masih ada atau tak gerai kat situ. 

Now we have more options for food; ada laksa, nasi ayam, kepok lekor and nasi air. Tak try pun semalam...

Sepinggan RM6

Nasi lemak telur RM3

Ayam goreng RM4/seketul




Alhamdulillah kenyang even makan kongsi2 je. Tapi, balik rumah haruslah masak nasi jugak. Pukul 10 tu pakat selongkar dapur cari nasi ayam ala beriani menu alam Umi yang sedap tu :p

Saturday, 11 March 2017

Nasi Ayam ala Beriani Menu Alam



Umi suka tengok rancangan Menu Alam yang dihoskan oleh Nabil Salleh di TV Alhijrah. Resepi yang diketengahkan mudah dan unik. Yang bestnya, beliau suka masuk ke kampung2 untuk mendapatkan resepi tempatan sambil2 'membawa' penonton ke tempat penghasilan sesuatu produk makanan. Hari tu ditunjukkan proses membuat gula kabung. Allahu... Struggle rupanya nak menadah nira dari pokoknya, kena panjat tangga, cantas  pelepah yg berisi nira, tadah bekas untuk menahan titisan nira tersebut serta balut tempat yg dicantas agar tiada serangga/habuk jatuh ke dalamnya... Rumit kerjanya. Lepas ni memang Umi tak komplen lah jika harganya mahal. Memang berbaloi dgn kerjanya yang rumit. 

Actually Umi tak tau nak namakan resepi ni sebab sdr nabil demo hari tu guna daging kambing dan dinamakan menu ni "nasi kambing". Since Umi guna ayam, by right Umi patut letak nasi ayam. Tapi ianya bukan seperti nasi ayam yang kita semua tahu. Ala2 nasi arab atau nasi beriani gitu.

Bahan-bahan ni Umi agak2 sendiri dan tambah sendiri sebab hos tak bagi specific measurement pun. Cuba Umi duplicate teknik penyediaannya serta bahan yg digunakan ikut kesesuaian. Ikutkan chef guna minyak zaitun utk menumis tapi Umi takde. Terung pun Umi guna terung panjang instead of terung pipit seperti chef guna sbb tak biasa makan terung pipit tu. Buat ulam atau sambal pernahlah.

Jomlah kita try. 

Bahan-bahan;
1. Ayam ~ separuh @ 10-12 ketul
2. Garam
3. Kunyit
4. 2 s/b serbuk ketumbar
5. 1 s/b serbuk jintan 
6. 1 ulas bawang merah ~ hiris
7. 1 labu bawang putih
8. 1 inci halia ~ hiris
9. 1-2 sudu butter
10. Terung panjang ~ dadukan
11. 2 biji cili merah @ cili solok 
12. Sedikit minyak masak
13. 2 cawan beras ~ bersih dan toskan
14. Stock ayam ~ 2 cawan air + satu ketul kiub ayam + sepasang kaki ayam
15. 3-4 s/b rempah perapan / rempah beriani. 
16. Minyak zaitun
17. Sedikit daun sup

Cara-caranya;
1. Perap ayam bersama garam, serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan, rempah perapan dan sedikit minyak zaitun. 
2. Panaskan sedikit minyak dan butter.
3. Tumis bawang merah hingga garing. Keluarkan.
4. Masukkan bawang putih. Goreng keperangan. Keluarkan.
5. Masukkan ayam yang telah diperap. Umi perap dalam 1/2 jam.  Goreng kira-kira 10 minit atau hingga kering air atau layu. Tutup api.
5. Masukkan beras, halia, stock ayam,  cili merah dan terung juga bawang2 yg telah digoreng tadi. Gaul rata.
Tambah air secukupnya. Umi ukur guna ruas jari :) 


Masak nasi seperti biasa (rice-cooker).

Bila nasi dah masak, gemburkan dgn senduk. Potong daun sup kira2 2 inci dan masukkan ke dalam nasi. Biar dalam 5 minit, tutup suis. Lama2 kan berkerak pula nasi. 

Umi gandingkan dengan dalca dan air asam kerisik. Umi kalau makan nasi berperisa/berempah macam ni, cepat muak. Bila ada rasa masam & pedas tu 'baru cara' :) 

Alhamdulillah sedap kata depa :p



Thursday, 9 March 2017

Bekal anak2...


Salam jumaat...

Sejak awal tahun hari tu Umi sedaya upaya cuba sediakan bekal untuk Abang & Angah setiap pagi. So far so good alhamdulillah. Kena bangun awal sikit pun takpelah... Bukan apa, Umi salute betul dgn working mommies yang lagi awal bangun utk sediakan keperluan anak2 juga diri sendiri sebelum ke tempat kerja. 

One of them is our Mak Tam, yang bangun seawal 5 pagi untuk memasak. Bukan saja utk breakfast, siap masak utk lunch. Their kids just need to re-heat the food once they come back from school. 

Nak cerita pasal bekal yang Umi masak je tapi "terpanjang" pulak mukaddimahnya :)


Selasa.

Nasi lemak. 
Sambal tumis ikan bilis tu Umi masak petang isnin. Esoknya panaskan je dan goreng telur. 

Makaroni goreng ni bekal semalam.
Tapi untuk masuk dalam bekas, Umi tak letak daun sup/bawang dan cili tu. Confirm Abang & Angah tolak tepi je. 



Roti pita untuk hari Rabu.
Takde sayur jugak sebab tau satgi anak2 Umi sibuk buang sayur sampai tak sempat nak makan. Time rehat pun bukannya lama  kan...

Lastly, bekal untuk hari ni, jumaat. 
Maggi goreng tapi penuh dgn sayur. Carrot ni Abang makan. Untuk Angah Umi dah scoop bahagian yg kurang sayur. Makanlah ye sayang...


Hari isnin takde bekal sebab Umi puasa :) 

Harapnya dapatlah istiqomah bawak bekal ni. Dengarnya harga makanan di kantin sekolah Abang pun kemain mahal sekarang ni. Mana yang kita boleh jimat tu kita jimatlah ye nak...

Wednesday, 8 March 2017

Gotong Royong 3 Cerdik


Ahad lepas ada gotong royong anjuran parents kelas Abang. Umi angkutlah semua sebab seronok nak join kalau gotong royong kelas ni. Selain dapat sumbang tenaga (Walid) tujuan Umi nak berkenalan dgn parents kawan2 Abang. 

Memang dah ada yang kenal sebab mostly classmates Abang maintained dalam kelas tu tapi tak semuanya Umi pernah bertegur sapa atau bertentang mata.  Dalam wasap group tu adalah tapi selagi tak bertentang mata, bersalam kenal rasa tak puas. Dah kenal tu nak huhahuha dalam wasap pun takpa dah :)

Kali ni kehadiran kurang berbanding tahun lepas. Sabtu tu dah ada meeting PIBG. Ahad tu pun ada few parents yg tak dapat hadir, ada yg nak hantar anak balik asrama dsbnya. However we managed to do our parts, alhamdulillah. Lagipun dah ada mommies yang dah buat deko/preparation prior to the day.




Pangkin DIY untuk sudut bacaan dengan menggunakan palet, plywood dan cable tie. Kreatif betul parents 3 Cerdik ni :p


Lepas make over.
Cantikkan?



Curtain digantung tinggi, bukan pada tingkap so kelas nampak lebih luas dan cerah. Good idea!


Pasang banner depan belakang, nak bagi ingatan dekat anak2 agar mengawasi tingkah laku masing2.


Sedap pulak dia baring atas pangkin tu :)

Terima kasih semua. Moga anak2 kita lebih bersemangat untuk belajar. 

Tuesday, 7 March 2017

Remembering MH370


Three years ago...

We were at Iman & Farah's reception when we first heard about the missing plane. But no one suspected that a disaster has struck the plane. 

Later that evening we heard that the plane was safely arrived in China. But soon after that the authority denied the allegation. Then a lot of theories emerged and suddenly everyone became an aviation expert!  

It has been three years but we still do not able to get answers. The missing MH370 remains a mystery to us until today. 

 My heart and thoughts go to all family members of MH370. Be strong, keep your faith and keep praying. May one day our prayers are answered. 


Sunday, 5 March 2017

Talapia Merah Masak Stim Limau Asam



Malam tadi Umi masak lauk simple je tapi sedap...ikan talapia merah masak stim limau asam. Awat la panjang nau nama menu ni. Resepi Umi ambik dari blog Cik Isma. 

Hidangan ni sangat senang disediakan dan tak ambil masa yang lama pun. Semalam balik dari uia tu dah nak maghrib. Umi bersihkan ikan then rendam dengan air limau nipis utk hilangkan hanyir. Lepas solat Umi sediakan bahan-bahannya; tomato, carrot, halia, bawang, daun sup, daun bawang, cili dan air asam jawa. Umi tabur garam secukup rasa pada ikan. Cik isma tak letak garam sebab ibunya ada masalah kesihatan. Sambil2 tu Umi panaskan kukusan. Once air mendidih, masukkan loyang berisi ikan tadi dan kukus hingga masak. Dalam setengah jam gitu. 

Alhamdulillah sedap. Menu ni Umi dah masukkan dalam senarai menu untuk bulan puasa nanti. Sekarang ni mana2 menu yang sedap Umi cuba Umi letak dalam list ni. Well prepared gitu.

Thanks Isma for the recipe. Siapa2 nak try, sila jengah SINI ye. 

Ini pula cenderahati wedding di Dewan Beringin semalam. Walid & co je pergi. Moga berbahagia hendaknya kedua mempelai, hingga ke jannah. Aamiin.