Friday, 3 March 2017

Moga kasut jadi saksi...



Ceq oghang Kedah. So, tak kiralah selipar ka, sandal ka, high-heels ka, wedges ka, sneakers ka semua pangge kasut ja. Sekali jalan ja he he...

Sabtu lepas masa nak ke sekolah Abang tengok Abang main sukaneka Umi sarong je kasut ni dengan tergesa-gesa. Dah lambatkan... On the way baru perasan kasut tu dah terkopak. Sikit je, boleh lagi ni (pakai). 

Sampai sekolah alhamdulillah ada lagi tempat utk parking. Tapinya parking area sekolah Abang ni berbatu-batu sikit. Sambil berjalan tu dah makin terasa tapak kasut makin nak tertanggal. Since takde kasut spare tabahkan hati jugaklah. Selamatlah sampai ke tempat sukan.

Tapi bila berjalan balik lepas habis sukan tu memang terburai tapaknya! Aduhai...

Banyak jasa kasut ni buat Umi. Beli pun dah tak ingat bilanya. Kasut ni lah Umi selalu pakai bila outing, brisk-walking hatta ke market pun! Masa berlari nak rak macam peserta Amazing Race dgn Cik Azie nak kejar flight ke Jakarta dulu pun kasut ni lah juga. Namun jasanya yang paling besar tentulah waktu Umi gunakan utk berjalan setiap hari ke jamrah untuk melontar ketika menunaikan haji. Moga ia menjadi saksi bahawa Umi gunakan ianya sebaik mungkin, untuk tujuan yg baik. 

Wednesday, 1 March 2017

Sukan SRAI 2017



Awal hari sukan sekolah Abang tahun ni, bulan dua. Selalunya bulan 10-11 after final exam, during weekdays. Kali ni event pada hari sabtu so boleh datang sekeluarga bagi support kat Abang. 



Abang joint satu acara je, junjung buntil kacang sambil kepit bola di kedua belah armpits. Dapatlah tempat ketiga padahal Abang dah tinggalkan separuh jalan peserta lain time start tu but then his teammates ada jatuh here and there. Tak kisahlah, it was for fun je pun. 


Next year Abang dah tahap 2 so acaranya lebih mencabar; cross country, balapan etc. Kita tengoklah nanti boleh tak Abang mencipta kegemilangan di pentas sukan macam Umi dulu-dulu :) 

Monday, 27 February 2017

Cafe UAK



Minggu lepas birthday kita...
Teringin nak makan western food. Kebetulan ada hal di Glenmarie teruslah kita ajak hubby ke Cafe UAK. 

Cafe UAK ni milik Ustaz Abdullah Khairi aka UAK. Cantik tempatnya. Lokasi di Batu 3, Shah Alam. Landmarknya bangunan yang ada polar bear besar tu (sorry can't remember the building's name). Cafe UAK ni kat 'bawah' bear tu :) Ada pintu gerbang bertulis "stone park". 

It is a container building but was equipped and decorated nicely to create a wonderful ambiance. Time kami sampai tu sempatlah jumpa Ustaz sekejap. Ustaz ada guests and tengah bagi talk utk jemaah umrah yang akan dibawa next march. Ada meeting room adjacent to the cafe.








Sempat berangan nak deco rumah macam ni . .

Once seated, apalagi kita teruslah order kan...

Menu untuk minuman.
Untuk food gambar blur.. Sori! 

Yee Mee
Portion besar, boleh makan utk 2 adults

Fish & Chips utk bday girl :)
Until Abang, dia nak chicken chop

Pizza medium size RM18.
Sedap.

Nasi Goreng UAK, RM12.90
Disertakan dengan ikan goreng sekoq


Makanan/minuman ni kami kongsi je rasa sorang sikit but memang kenyang sebab setiap satu tu banyak. Generous portion kata orang Berlin :p Taste wise sedap. Staff and service pun bagus. Total kos RM86.10. 


Entah kereta mewah siapalah park kat sini. Depa dok usha, katanya nak hadiahkan kat Umi sebijik :p

Alhamdulillah thanks B for the birthday treat. Lebiu! 

Thursday, 23 February 2017

Bihun Goreng Kampung je...


Bihun goreng is my all-time favorite food. Nak-nak pulak air tangan Mak. But dah besaq panjang ni kenalah masak sendirikan kalau teringin. Takkan nak merap Mak lagi dak? 

What I did just imitate mak's recipe. Ada bawang merah, bawang putih, ikan bilis, sawi dan sos; cili, tomato, tiram, kicap manis dan cili kisar dah boleh buat. Bihun tu wajiblah ada noh...

Tumis bawang merah, bawang putih & ikan bilis yg dah ditumbuk hingga wangi. Masuk kan cili kisar, masak hingga garing. Tambahkan sos-sos tu. Kalau kering tambah air. Kalau nak masuk ayam/daging boleh masuk kan time ni. Then masuk kan sawi. Perisakan dengan garam & gula. Bihun goreng kampung ni sedap kalau rasanya manis-manis sikit. Then masukkan bihun yang telah dicelur dan ditoskan. Gaul rata. Tutup api dan hidangkan. 


Jemput makan! 

Tuesday, 21 February 2017

Acar Timun Berempah



I saw k.Amie of Amie's Little Kitchen cooked a very delicious meal, Nasi Minyak & the Gang. I was keen to try. I was drooling seeing the nasi minyak and its gang especially the daging masak hitam. 

I woke up from my bed and decided to give it a try. It was last Saturday. However I did some alteration to the menu. The gang members of my nasi minyak were ayam goreng, kuah sambal masak merah & acar timun. I was rushing to prepare the breakfast because my husband was going for a training that day. I will make a proper set of nasi minyak based on k.Amie's recipe next time insha Allah.

 I only  made the acar timun berempah in the afternoon. It made a good combination with the nasi minyak. Alhamdulillah.

For full recipe, please go to k.Amie's blog.
Thanks k.Amie for the recipe.

Friday, 17 February 2017

Balik Kampung 01/17


Selain diberi rezeki menginap di Ixora Hotel, kami juga diberi-Nya rezeki balik kampung. Alang-alang dah sampai Penang, haruslah kita balik Kedah kan.

Beberapa hari sebelum tu Kakak asyiklah mengajak balik kampung. Rupanya dalam masa yang sama Tok Umi & Tok Ayah juga sedang merancang untuk datang menziarah cucu2 di KL. Pakat memendam rindu rupanya :)

Kami sampai Jitra jam 4.30 ptg, besoknya pukul 12.30 t/hr dah bertolak balik KL. Tak sampai 24 jam pun tapi puashati sangat. Dapat ziarah keluarga kedua belah pihak. Nikmat rasanya dapat menatap wajah orang tua kita kan. Apatah lagi dapat peluk cium merekakan. Alhamdulillah.

Potong kek untuk bday bulan Jan-Mar
Makngah tu kita la :)


Time pregnant kan Adik tempohari kita memang teringin nak makan magnum pink tapi sampai sudah tak beli2. Bila nak beli asyik beli magnum chocolate je. Tapi yg dalam gambar ni cornetto RV bukan Magnum. Oklah tu. Adik pun dah nak berjalan dah! 

Malamnya kami pakat makan di Restoran Nasi Mendy di Tanah Merah. Taste wise OK but ambience biasa2 je. Kena revisit to give fair review utk restoran ni sebab that night I was so exhausted. Plus Adik pun demam selsema time tu, asyik nak menempel je.  



Singgah kejap kampung kita. Hamboi meriah betul semak samun maklumlah takde penjaga. Sempat juga minum teh di dangau k.di, dua pupu kita merangkap jiran terdekat. Makcik pun ada sama. Rasa macam datang beraya pulak! Tapi terkilan sangat, tak dapat jumpa P.Lang. Rasa rindu juga dekat bapa saudara sepupu kita ni. 

Penutupnya, kita ziarah Mak dan Kak. Mak nampak sihat dan bahagia. Alhamdulillah. Anak2 pun bukan main gembira dapat jumpa Tok. Angah siap makan nasi Tok suapkan. Manja! 

Singkat tapi sangat bermakna. 
Syukur. 



Tuesday, 14 February 2017

Luaskan kuasamu...



Last month Tok Umi and Tok Ayah went to Singapore and JB. This was considered as birthday treat to Tok Umi who celebrated her birthday on that month. They made a stop at JB and stayed there for a couple of nights. 

This loving couple has traveled to too many places; Turkey, Jordan, Palestine, Korea, Indonesia, Thailand and of course around the country and the Haramain a couple of times. 

And the best thing is they never forget to bring us souvenirs every time they travel :) we have a collection of t-shirts they bought for us and they number keep growing as they keep traveling. Hahaha...

These ones from Johor!