Sunday, 25 December 2016

1st Reunion SSAT



Hari ni genap SETAHUN re-u hubby dgn geng sekolah dia. Please excuse me for the long overdue post. But better late than never right? 

Let me share what happened on that day so that we can always remember and cherish the beautiful and sweet memories we shared. 


The stage.
Sinilah tempat berucap, bagi hadiah, main game, karaoke, photo session dsbnya. 


Ucapan aluan dari Sdr Muni (now Datuk)
mewakili 'Cikgu Jo' 

Semua orang excited sebab mostly memang tak pernah jumpa after they left school. Masing2 dah dewasa, punya family dan kerjaya masing2. After more than 2 decades of course lah banyak benda dah berubah. But friendship remains. Cikgu2 depa pun ada jugak yg joined this event. Surely they are proud of  their students. 

Mujoq ada clown, leka sikit budak2




Food memang superb, banyak pilihan, sampai tak termakan semua. Maklumlah kita dah lunch kat rumah before the event. 
Bayaq rm50 kalau tak silap utk setiap family. Selain makan minum yg mewah (banyak & pelbagai), hadiah lucky draw dan door gift pun mewah! Memang all out betul committee buat kerja. Thumbs up guys! 

We took home this.
It was not a touch and go event but a kick start to more gatherings afterwards. Masa aqiqah Nadeen hari tu pun few of B's friends in this group came. 
 
Dengarnya depa tengah planning utk 2nd re-u @ Penang. Patutlah kita macam terbau nasi kandaq ja :p

Saturday, 24 December 2016

Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang



Lepas solat jumaat kami bergerak ke Kuala Sepetang. Dalam sejam jugak kot perjalanan, dah lupa. Yang kita ingat, kita asyik mengunyah jeruk Pak Ali yg ayah beli utk menantu2 dia yg pregnant. Time ni k.cik pun tengah mabuk! 

Sebelum sampai ke warung Mak Jah ni ada 1-2 warung lain yg menjual mee udang tapi kita nak try hat mak jah. Maklumlah femeskan seantero Malaya. Actually dekat wangsa walk pun ada cawangannya tapi nak jugak rasa yg original di Kuala Sepetang ni. 

Memang ramai pelanggan time kami sampai tu. Nak parking pun susah. Siap ada pakcik makcik RELA jaga, macam rumah kenduri. Kagum la sekejap kita dgn suasana sesak gitu. 

Serving time tak lama w/pun ramai orang. Air pun standard, sirap dgn oren je kot. Air kelapa adalah. Selain mee udang, ada juga gerai jual cucur udang, produk makanan laut, goreng pisang dsbnya bersebelahan dan berhadapan dgn warung Mak jah ni. 

Sotong goreng tepung.
Sejuk dah kurang rangupnya

Sedap sangat cucuq udang ni.
Please try if you are here.





Taste wise bagi saya biasa je, tidaklah outstanding sangat. Dapat rasa sekali pun cukup dah. W/bagaimanapun udangnya memang fresh, rasa manisnya. Time kami nak balik tu, ternampak pembekal sedang punggah tong2 udang yg baru sampai. 

Dari Kuala Sepetang kami terus balik ke Jitra. Hujan lebat semasa melintasi Penang. Menjelang maghrib baru sampai. Alhamdulillah. 

Thursday, 22 December 2016

The Jana Kampung Living Sanctuary @ Taiping Golf Resort



Plan asalnya nak book apartment semasa bercuti di Taiping tahun lepas. Tapi fully booked. Jadi kami pilih chalet. Dua unit 2-room chalets dan satu unit 1-room chalet utk Umi Ayah. Cantik tempatnya ala kampung. Keliling rumah ditanam dgn pelbagai pokok buah-buahan dan ulam-ulaman. Subur menghijau pulak tu.


Chalet ni terletak dalam golf course ni lah jugak. Namanya Jana sempena nama tempat ni, Bukit Jana. 

Basically chalet ni semuanya lengkap. Cuma unit yg kami duduk tu mentol lampu ruang tamu terbakar. Tak ditukar even kami dah complain. Bila kami dah check out tu nampak staff dia sibuk tukar mentol baru, utk next guest. Macam geram jugaklah sbb kita stayed there 2 malam, bukan touch and go satu malam je. 



Ada satu petang tu hujan, dapatlah lepak di beranda.
Kalaulah ada goreng pisang aduh sedapnya alahai... 

Di ruang tamu ni takde aircond, kipas je tapi tingkap semua besar2. Time tu memang cuaca panas sangat, bukak tingkap pun rasa bahang. Udahnya kami banyak duduk dlm bilik je...



Swimming pool kat apartment ni 

Cumanya bila stay kat chalet ni jauh sikitlah nak ke pool. Pool letaknya di area apartment. Untuk ke cafe pun kena berkenderaan. Atas bukit sikit. 

Coffee house overlooking the golf course.
Saujana mata memandang...

First day breakfast (khamis), menu ala carte. Second day baru buffet sbb dah kira weekend. Ramai golfers je la yg kita jumpa, family mostly makan kat luar kot. 

Entry ni tanpa sengaja  'terperam' dalam kotak memori.  Genap setahun baru up kan cerita ni. Daripada takde langsungkan, throwback pun jadilah hehe...

Family Day 2015 @ Taiping





Awal kami keluar rumah pagi tu. Singgah sarapan dan terus bergerak ke Taiping. Janji bertemu dgn family Jitra lunch time di Taman Tasik Taiping. 

On paper je hehe..

Perjalanan lancar alhamdulillah tapi lagi 5km nak ke exit Taiping tu ada sikit jam. Lama jugaklah kami 'sangkut' atas jalan. Geng Jitra dah sampai. Kita pulak dah tak sabar nak jumpa Abang sebab dah sebulan dia balik kampung duduk dgn Tok Umi. 

Reunited after a month of separation
Angah & Kakak excited sungguh jumpa Abang semula


Rambut Kakak pendek lagi time ni
Bila sampai tu ronda sekejap tengok Burmese Pool yg ada dalam agenda lawatan esok harinya. Kita tak berapa berkenan dgn tempat tu, banyak monkey! Itu OK lagi. Lagi satu sampah alahai kemain banyak kat main entrance ni. Tempat ni ala2 air terjun ka hot spring ka gitulah. Bukan taste kita lah kan. Takut kencing tikus ke apa ke tempat crowded macam ni. 

Then kami gerak ke Taman Tasik, hampaq tikaq bawah pokok and had our lunch.  Asalnya nak lunch tepi tasik tapi risau pulak, nanti ada yang terjun tasik!

Lepas makan kami checked in di Taiping Golf Resort. Uda booked 3 chalets. Petang tu kanak2 riang terus terjun kolam. Mandi manda sampai senja. Malam semua dah penat, rehat je kat chalet masing2. Ikutkan tentative malam tu pergi night zoo tapi semua nak lepak je.

Esok pagi lepas breakfast, pakat berendam dalam pool lagi. Budak2 je la, kita ni jadi life guard je. Ramai jugak orang time ni esp yang stay kat apartment dlm golf resort ni.

Masak makan semua kat chalet je. Petang kami keluar ronda pekan tepeng, nampak aeon terus masuk hehe. Beli toys je kat anak2.

Malam tu pakat pegi night safari @ zoo Taiping. Kita tak ikut, dok dgn Kakak. Baru masuk 2nd trimester tak berani nak lasak2.  Mood nak bercuti pun tak berapa ada sbb masih battling with pregnancy woes time tu.

Esoknya pun sama, pakat berendam dalam pool. Lepas jumaat kami checked out, terus ke Kuala Sepetang cari Mee Rebus Mak Jah.  Dari kuala sepetang terus ke jitra. 

 Ini family day yg ke-3 (2015). Yang first di Penang 2013. Yang second di Shah Alam, tapi kita tak sempat buat entry. Sibuk dgn persiapan dan urusan ke tanah suci masa tu (2014). Tahun ni pula hanya sekadar outing di Darul Aman Park. Oklah tu. Masing2 ada komitmen dan kekangan. Dapat berkumpul sekali sekala pun dah besar rahmat. Alhamdulillah 'ala kulli hal. 

Tuesday, 20 December 2016

Merge Summit Boutique Hotel, Teluk Intan


Merge Summit yg hitam tu.
Yang merah tu hotel lain. 

Jom jenguk hotel yang kita bermalam semasa di Teluk Intan minggu lepas. 

Kali ni try check in dekat merge summit hotel ni pulak. Katanya boutique hotel, kita tengok rasa sama je dgn budget hotel. Sepupu kita yang keja hotel kata ada beza, sbb tu ada kategori masing2. 

Kami booked family room with 2 queen beds. Harga rm178.10, with no breakfast. Standardlah hotel gini utk bermalam je. 



TV pun channel basic je, takde astro. 


Suka sinki ni, comel but nampak classy & kemas

Complimentary 3-in-1 cap giant 

Reception area


Oklah selesa jugak utk kami berenam. Cuma masa dapat key tu bukan je pintu terus bau rokok dalam bilik. Sampai kan terpaksa minta pewangi dgn staff depa. Housekeeper kena lebih alert ni, to ensure that guest rasa selesa once they checked in into the room. Dah bau rokok tu fahamlah kan... Dalam bilik ber-aircond pulak. Memang pening. 

Other than that, OK je for us. Bilik kemas dan bersih. Kalau ke Teluk Intan lagi maybe boleh stay sini lagi. Kedai mamak pun sebelah je dgn hotel. 7-E pun satu row je dgn hotel. 


Monday, 19 December 2016

Kari Sembilang Kg Pinang, Tg Karang



Minggu lepas kami ke Teluk Intan lagi. 
Lepak di hotel je dgn anak2 while B went for work. 

Petang jumaat after work tu B bawak ronda pekan Teluk Intan. Sampai padang next to mini stadium singgah situ bawak kids main. Ramai orang beriadah di sini. Meriah!


Adik posing ala2 ecah anak Che ta :p

Balik kl esoknya kita ikut jalan sabak bernam, sg besar sana... Dah lama tak lalu situ. Rupanya tengah construct jalan. Jalan tak berapa elok sampaikan tayar kereta kita pun pancit, tertusuk logam apa tah... 

Kita singgah beli kerepek kat sg besar then singgah lunch dekat satu gerai di Tg Karang. Gerai ni sebelah kiri di trafik light ke ijok/bestari jaya (jalan alternatif), sebelum Petronas. Special menu kat gerai ni is ikan sembilang. Boleh request utk masak kari ke, goreng ke, asam pedas ke... Expected time to prepare 20 minutes. 


Ada juga lauk campur, masakan ala kampung. B order kari ikan sembilang that day, dengan air sirap satu jug. Kami pilih duduk di pondok yg disediakan supaya senang nak jaga Adik. Since dia dah boleh duduk, kita letak je dia kat sebelah. Senang sikit Umi nak makan, itu yang penting :p 

Kari belum siap depa dah makan dulu.
Dah almost 3pm pun time tu. Lapaq!

Makan kari ada toyu (kicap) baru kick :) 

Sedap karinya cuma ikan sembilang tu ada sikit rasa hanyir maybe tak cukup lama rendam dlm air limau/asam


Kari tu rm19. Harga ikan ikut saiz kot.
Haji order je tak pilih pun ikannya. Waiter just tanya nak masak apa je. Size dah standard kot. 


Kita nak order pulut mangga utk dessert tapi belum ready

Depa pau aiskrim sorang satu as dessert :)

Kalau singgah sini jangan lupa order coconut shake. Terbaik!


Beli satu je konon nak try je. Sudahnya berebut dgn anak2, semua nak. Sedap sangat! 


Sunday, 18 December 2016

Kem Solat


Balik dari Penang hari Rabu, hari khamis tu Abang ada kem solat. 

Asalnya ada qiyam dlm aturcara program tapi canceled atas sbb keselamatan peserta juga kekurangan facilities. Abang dah excited nak tidur di surau. Lagi satu acara menarik para peserta of course la aktiviti memanah. Selalu nampak geng memanah surau ni training every weekend kat padang. Hari tu dapatlah Abang try 3x shoot setiap orang. 






Abang dapatlah juga jumpa member Pasti dia, Danish & Hakimi. Dia segan nak tegur awalnya, suruh kita tegur dulu. Baru 2 tahun berpisah dah malu hehe...

Moga adalah manfaat yg Abang dapat w/pun programnya singkat sahaja.