Friday, 16 December 2016

Yuran Pasti 2017


Kita nak kongsi hari ni berkenaan yuran Pasti Selangor utk tahun depan. Tapi sorilah imej blur sbb dapat dari cikgu dah macam tu. Shared thru WA group Pasti Angah je, takde hard copy pun.


Ada perbezaan dengan yuran tahun lepas (bawah). Yang ketara yuran bulanan, naik rm10. Personally kita rasa ianya peningkatan yg ketara. Maybe for some people biasa je, ala rm10 je. Entahlah, masing2 punya pendapat, justification masing2. 


Walau apapun kita ikhlaskan hati, betulkan niat. Insha Allah moga pengorbanan kita hari ni membuahkan hasil di kemudian hari. Yuran sekolah Abang next week baru sekolah release. Nanti kita try share jika ada. 

Ini pula jadual persekolahan, cuti perayaan juga cuti umum negeri Selangor tahun depan. Bab cuti ni Umi suka :p


Wednesday, 14 December 2016

Darulaman Park, Jitra



Tahun ni tak ada family day sebelah Jitra. Masing2 ada kekangan jadi balik kampung hari tu kami pakat outing di Darulaman Park. Siapa yang lalu tol Jitra mesti perasan ada tasik sebelah kiri jika menghala ke selatan.  


Translated into these; 


Ada tambahan kek bday and sandwich. 

Lepas sarapan kita main badminton, lawan dgn Uda. Aduih pancit! Yang kanak2 riang semua nak main kat playground. Pastu pakat nak naik gerek (basikal) round tasik dengan naik boat itik. 

Half of cucu2 Umi ayah
Baju depa tu Tok Umi sponsored, beli kat Cotton On Mitsui Outlet Park, KLIA ghitu


Mula tu kita nak kayuh gerek gak tapi macam tak daya. 2.5 km kalau tak silap satu pusingan tasik tu. Kalau solo gagah jugak tapi ini basikal yg twin tu, kena kayuh 2 orang. Abang pulak dok kalut nak naik gerek sbb sepupu2 dia dah naik. So B took charge. First round kayuh dgn Abang, bawak Kakak. Second round depa bawak Angah pulak. 


Dulu masa berdua dgn hubby selalu ajak naik boat itik ni tapi sampai anak dah empat pun hajat belum kesampaian. Bot tu muat 2 adults and 2 children. Kita dah berenam sekarang... Nak tinggalkan salah seorang tak sampai hati. Hehe... 




A week after kami piknik kat sini, Umi bawak geng sabahan (family anak angkat Umi) pulak piknik di tasik ni. Cantik dan bersih taman tasik ni sebab tu ramai orang suka datang beriadah dan berkelah. Next year bila siap water theme park lagilah meriah rasanya. 

Tuesday, 13 December 2016

Royale Bintang Penang


Dari SP kami ke Penang. 


On board to Penang, naik feri. First time for Kakak & Adik but Abang & Angah pun dah lupa depa pernah naik feri. Memang excitedlah depa. 

Kat Penang kita checked in dekat The Royale Bintang Penang. Dari jeti tu tak sampai 10 minutes pun ke hotel. Hotel ni berhadapan dgn tempat cruise selalu parking tu. Dari atas feri pun boleh nampak cruise ni. Area pangkalan weld kalau tak silap.


We were greeted by a very nice and friendly bellman, a young guy (trainee) from Indonesia. Ada welcome drink tapi tak sempat nak minum, kalut dgn anak2 because hubby gi parking keta. Before that hubby sempat meeting his friend who is a staff at the hotel. Kinda reunion for them. 

It's been a while since we have the luxury of checking in at a 4-star hotel so the expectation was high and we were very excited. Buka je pintu bilik terus terdetik dlm hati "ini barulah hotel" hehe... 





Bilik yang sangat cantik.
Ours was a deluxe room, RM293 nett with b/fast for two. Luas dan selesa for us.
Managed to take few photos only because Adik was crying. 

But one thing that really caught my eyes was the bathroom. Terus save dalam memory bank, idea utk bilik air jika ada rezeki nak reno rumah. The black tiles really stands out, contrast to the white marbles. Toilet and shower are in separate area. Very convenient. 



Petang tu hubby keluaq pi cari pasemboq. Ada stall depan maybank in the same area dgn hotel. Lepaih pekena pasemboq kita teruih bawak kids mandi pool.

Pasemboq Penang memang terbaik!
Umi depa pun teringin jugak nak terjun kolam tapi since tak bawak baju salin, telan ayaq lioq ja la tengok pool yang best tu :) Adik pun excited kemain even kita celup kaki dia ja dalam pool tu.




Malam tu kita keluar ronda kejap cari nasi kandaq. Tapau je kat satu stall ni dekat dgn IPD ayer itam (kot). Lupa even though parked keta sebelah ipd tu je. Hehe... Nasi kandaq dia memang win! Macam tak cukup pulak 3 bungkus tu :p

Next day kita breakfast kat coffee house hotel. Abang dapat discount 20% from the original rate rm22. There were vast selection of F&B and value for money too. The staff and their services were excellent.

Ubi kayu rebus tu kuahnya madu. Alahai sedap betul.Lagi satu yg kita suka the fruit salad. Ohsem! 



Definitely we will come back again next time.


Bye bye Penang! 

Sunday, 11 December 2016

SP Inn, Sg Petani



Dari majlis kenduri along, kami terus ke Sg Petani (SP). Checked in di SP Inn, sebuah hotel milik kerajaan negeri. 



Dari luar nampak cantik hotelnya dgn parking lot yg luas. Lobinya juga nampak gah dan dihias cantik. Bellman yg namanya Mr Ganesan tu pun baik,very helpful and friendly. Segak berbaju melayu lengkap bersampin. Malam tu kami cari jugak dia, nak bagi nasi kenduri tapi dah balik. Rezeki staff front desk le :)


Kami ditempatkan di ground floor, bersebelahan swimming pool. Sukalah Abang & co. Tak sabar2 nak mandi pool. 

Ini bilik kami, deluxe double rm145 net, with breakfast for two. Except for the floor, nothing new about the room. With the old-,fashioned tv with no remote control, limited channels and blurred screen, broken door lock and disfunctional light bulbs we just keep reminding ourselves "it's OK, for 1 night only". 




Definitely this room need to be refurbished. We have been into budget hotel which offers better facilities and ambiance than this hotel room. Maybe because we were placed at their old building. Kalau tengok main building tu macam baru. Maybe facilities better and newer kot. Dalam website pun gambar nampak lain. 


Food at the cafe pun so-so je, standard 3-star hotel. Time breakfast next morning tu just 6 of us. Itupun they took quite some time to top-up food & milk. Kita faham ada group from kkm yg breakfast before us but to top-up susu tak ambil masa lama pun patutnya. Riuh jugaklah budak2 ni minta susu nak makan dgn koko krunch baru depa top-up. Hrmm... Maybe they are understaff kot sbb waiter ada sorang je kita nampak. Dialah kemas table, dialah cashier. Abang kena caj rm20 (inc gst) for breakfast. 


Bam-bam tepi kolam.
Excited tengok Abang Kakak mandi.
Tunggulah adik besaq sikit kita mandi pool ye...


Thursday, 8 December 2016

Selamat Pengantin Baru ~ Along & Nieda



Usai majlis akad nikah & resepsi sebelah pengantin perempuan sabtu hari tu di Tg Pari, tiba giliran pihak lelaki pulak menyambut menantu. Majlis diadakan pada hari isnin. Bukan sesuatu yang pelik pun bagi orang kedah, kenduri kendara pada hari bekerja. Asalkan cuti sekolah. Hari jumaat pun boleh! 

Pagi ahad tu sempat jugaklah kami ke rumah kenduri. Hajat dihati nak merewang tapi since depa dah ada group rewang atau disebut 'pakatan', orang luar macam saya ni tak digalakkan join. Tugas kami (sedara mara tuan rumah) lebih kpd membantu 'kerja2 dalam rumah' spt membancuh air, isi goodie bags, hias pelamin etc. Tak susah pun, dok menyembang je lebih. Hehe... 

Malam kenduri juga ada jamuan makan. Nasi lemak dan pulut. Tapi kami tak join sbb siangnya dah pergi. Ini yang bestnya kenduri orang kampung. Makan makan makan...

Paling best of course lah hari kenduri kan... Dapat berkumpul dgn sedara mara. Kebetulan rumah abg ee & adiknya sebelah menyebelah senang dan selesa bagi kaum keluarga berkumpul. Dah jadi macam Klinik ibu & anak pun ye jugak. Ramai pulak yang ada baby & b/f. Ada 5 orang kot cicit & piut arwah wan tahun ni saja. 

Selamat pengantin baru sekali lagi buat along & nieda. Moga beroleh rahmat, mawaddah dan sakinah dalam rumahtangga. 

Sunday, 4 December 2016

Makan kenduri di Tg Pari


Sejujurnya kita tak pernah menjejakkan kaki ke Tg Pari w/pun sering mendengar namanya sejak kecil. Jaringan perhubungan yg mundur, kelemahan sistem komunikasi juga kekangan kewangan ketika itu tidak memungkinkan kami utk ke sana biarpun ada sepupu arwah Pak yang tinggal di situ. Paling hampir saya pernah ke Kg Bandar mewakili sekolah dalam pertandingan bola jaring. 

Akhirnya dapat juga ke sana, menyertai rombongan pengantin. Anak sepupu suami bertemu jodoh dgn orang tg pari. 

Hajat dihati tu nak makan gulai (kari) umbut pisang atau disebut gulai batang pisang oleh warga tempatan. Gulai batang pisang ni kiranya signature dish juga juadah tradisi kenduri di Baling. Hidangan ini biasanya di masak di dalam kawah, menghasilkan warna dan rasa tersendiri. Lebih istimewa ianya hanya 'menjadi' jika dimasak di Baling. 

Gulai batang pisang air tangan penduduk tg pari memang dikenali dikalangan warga Baling sebagai antara yg paling sedap. Jadi makin teruja kita untuk ke sana.

Namun bukan rezeki kami. Tuan rumah tidak menyajikan juadah tradisi ini tetapi menggantikannya dgn sup daging. What a disappointment! Ingin buat pembaharuan katanya. Sedangkan hakikatnya rombongan pengantin dari Jitra masing2 mengidam akan gulai tersebut. 


Tahniah utk Along & pasangan. Moga kekal bahagia hingga ke jannah. 

Friday, 2 December 2016

Keli Salai Masak Lemak Cili Api sama Pegaga


Daun pegaga yang Umi kirim tu masih berbaki. Ulam mentah sudah, kerabu sudah... Kebetulan time keluarkan ikan keli teringin pula nak buat masak lemak cili api. Kita campurlah sekali pegaga yg masih berbaki tu. Uish sedap rupanya pegaga masak lemak. 

Ini resepi masak lemak keli salai tu. Pegaga tu kita masukkan selepas masukkan ikan keli tu. Ikutkan resepi asal tu masak ikan keli salai je. Tapi kita ubah sikit tambah pegaga. Untuk resepi penuh, sila ke dapur cik puan madihaa. Tqvm puan empunya resepi. 


Inilah hasilnya... Alhamdulillah. 


Akhir kalam;

Credit

Senyum.