Khamis malam Jumaat Walid bawa balik nasi ambeng dari surau. Tn Hj Omar adakan kenduri kesyukuran, bertemu jodoh semula di usia emas.
Rakan-rakan Geng Dapur Surau yang bergotong-royong memasak juadah istimewa ni. Kata Walid, ada juga acara merenjis air mawar untuk pengantin dan ucapan aluan/tahniah dari Penyelaras DUN. Bukan kaleng-kaleng majlis Tn Hj Omar ni.
Lauknya ada kari kambing, sambal tempe, sambal kelapa dan mee goreng. Biasa ada lauk ayam kicap kan nasi ambeng ni? Kari kambing tu pengganti ayam kicaplah agaknya. Rasanya ini kali pertama Ummi makan nasi ambeng lauk kambing. Majlis istimewa, lauk pun istimewa.
Alhamdulillah tahniah Tn Hj Omar dan isteri. Baarakallahu lakuma 🤲🏻
terliur kari kambing la plak! moga bahagia hingga jannah lah utk psgn mempelai. murah rezeki bertemu jodoh wpun usia emas
ReplyDeleteSelalu nasi ambeng ayam masak sumur tapi ni unik sebab ada kambing. Nampak sedap tu nasi ambengnya.
ReplyDeleteGoodies tisu tu sedang popular!
ReplyDeleteWahhhh tahniah untuk Haji Omar dan isteri. Meriah makanan dan majlisnya ye
ReplyDeleteHahaha btul la kata UG, tisu tu tgh viral.. aritu pun dpt gak goodies mcm ni.. berguba sangat 🤣🤣
ReplyDeleteLamanya tak makan nasi ambang, sedap kan
ReplyDeletewah sedap nasi ambeng. siap ada goodies telur rebus lagi. rare dah kalau dapat telur zaman ni kan?
ReplyDeletep/s: PH tanya pasal blog baru ke kan? saya tukar link url blog
Nampak meriah sangat lauk dan goodiesnya..
ReplyDeleteTahniah kepada pengantin baru...nampak best nasi ambeng tu...
ReplyDeleteNasi ambeng ni memang meriah lauknya. Alhamdulilah bertemu jodoh di usia emas. Ada seorang kawan saya bertemu jodoh di usia 50 tahun. Memang anak dara.
ReplyDeletetk pernh mkn nasi ambeng
ReplyDeleteDah lama tak makan nasi ambeng. Nak kena pergi cari juga ni yang asli punya. Selalu kat Warong Bonda di Tanjung Karang
ReplyDeleteLamanya tak makan nasi ambeng. Terliur la pulak.
ReplyDeleteAlhamdulillah..tahniah pada keduanya.. moga berkah rumah tangga nya..aamin..
ReplyDeleteSedap nampak nasi ambeng tu
Nasi ambient penah jga rasa bila berkawan dgn org jawa ni kan mesti hidangan ni ada
ReplyDeletetersedak ammi tertelan airliur tengok nasi ambeng ni di pukul 1pm. Kononnya nak tahan sikit lagi baru nak lunch walaupun perut nak kriuk kriuk je ha
ReplyDeleteAlhamdulillah. Kalau dah begitu jodohnya tak kemana. Bestnya kenduri ada nasi ambeng. Nasi ambeng versi lain ni ada kari kambing.
ReplyDeleteMacam trend juga doorgift tissue drum tu di majlis kahwin. Ada dapat juga masa kenduri kahwin di Temerloh. Best dapat bunga telur tu sekali.
Nasi ambeng lauk kari kambing, lagi special. 😋 Saya baru makan nasi ambeng hujung minggu hari tu, tapi lauk ayam kicap.
ReplyDelete