Salah satu sebab Ummi kemas bilik girls yang bersepah tu, Ummi nak ambil kotak-kotak buku Ummi yang tersorok tepi katil depa. Alang-alang kena alih katil, bersihkan sekali bilik depa
Serampang 2 mata gitu.
Buku ni paling atas Ummi jumpa bila buka salah satu kotak tersebut. So I picked this book and read. Selepas 3 hari, alhamdulillah selesai juga baca buku ni. Buku ni Ummi beli di Bad Big Wolf, tak ingat tahun berapa dah tapi masa kerja dulu, which means more than 10 years dah beli. Pernah baca separuh but this time Ummi berjaya habiskan buku ni. BBW jual buku murah-murah, tapi boleh dapat buku yang berkualiti juga. Ummi yang grabbed je mana yang rasa menarik untuk dibaca.
Rasanya masa beli dulu, ada dust jacket / dust cover tapi dah hilang. Ada juga muka surat yang dan berconteng dan koyak dalamnya. Mesti kerja anak² ni cuma tak boleh recall siapa punya kerja haha...
Dah hujung September baru berjaya habis baca satu buku. Teruk betul Ummi ni. Sejak pakai spek (reading glass) beberapa tahun lepas, minat membaca merudum teruk. Asalnya tak biasa pakai spek, rasa rimas. Untuk elakkan rasa rimas tu, elakkan membaca. Lama kelamaan, jadi malas nak membaca. Ada baca beberapa buku tapi tak habis 😅
Makanya bila semangat nak membaca mula bertunas semula, kenalah jaga dan siram elok-elok :D
Chaiyok 💪🏻
Apa buku pertama yang kawan-kawan Ummi baca tahun ni?
Novel SA menimbun kat bilik...satu pun x baca lagi...ikutkan koleksi dah ada 1000 buah...
ReplyDeleteBanyaknya SA! Penuh bilik kalau gitu
DeleteBetul la sis. Saya pulak sejak mata susah nak tengok tulisan kecik jadi hilang mood pulak nak membaca huhu. Malas nak buat cermin mata bifocal 🤭
ReplyDeleteBuku pertama tahun ni ialah hadiah dari kawan saya - tajuk buku 'Muhammad' iaitu biografi Nabi Muhammad SAW, ditulis oleh Martin Lings. Belum habis lagi sbb bukunya tebal macam kamus 😅
What a coincidence sis!
DeletePH pun tengok baca buku tentang Nabi Muhammad SAW juga; Biografi Muhammad bin Abdullah.. buku berbeza tapi tentang orang yang sama.
Samalah saya pun dah tak berapa nak ada mood nak membaca.
ReplyDeleteJom la kita pakat-pakat rajin membaca semula. Bagi otak aktif
DeleteHanya mampu membaca status WA dan karangan ringkas para blogger. ha ha. Dah penat dah baca WA2 owner/tenant/agent kat tempat kerja ni
DeleteAkak kalau baca buku masih boleh tanpa spec walaupun spec akk multifocal. Kat rumah jarang berspec sebab rimas. Sesekali je bila tak puas tengok TV.
ReplyDeleteBestnya Kak!
DeleteSy baca buku kena pakai spek. Itu yg tak berapa rajin nak membaca tu
Uih! Ada lukisan abstrak!
ReplyDeleteItu yang mahal tu Uncle :p
DeleteDekat Selayang memang selalu la baca buku, pinjam novel dekat library.. balik Tronoh ni, tak sempat lagi.. teringin nak pergi perpustakaan awam, tapi tak sempat lagi
ReplyDeleteLinda pun pjj kan, adalah masa nak layan hobi membaca ni. Akk stop dulu pinjam buku di PPAS, nak habiskan bacaan buku² yg ada dulu
DeleteBestnya jumpa semula buku yang dibeli lebih 10 tahun lalu, kali ni berjaya habiskan pula 😄 Contengan anak-anak tu pun akhirnya jadi sebahagian daripada kenangan buku tersebut.
ReplyDeleteSatu pencapaian peribadi hehe...
DeleteBetul SR, auto teringat anak kecik² dulu suka conteng buku dan dinding rumah juga 😅
Baca BBW...Dah lama rasanya x pegi event ni =)
ReplyDeleteSkrg diorg buat sekala kecil dan merata tempat kan. Dulu KL je rasanya.
Deletekebetulan MZ pun nak buat entry psl buku2 yg MZ baru beli/tgh baca
ReplyDeleteTersama pulak hehe...
DeleteTak sabar nak tengok your reading list MZ 🤗
Baru beli buku penerbangan terakhir mh370 Dan mh17. Sejak godaan hp ni baca buku pun tak habis padahal dah ajor speed breeding. Stok yang ada pun entah bila nak Di belek. Aduhaiiiiii. Tapi kena baca juga untuk aktif kan otak kita supaya tak lupa
ReplyDeleteMenarik buku tu Kak Notie. Sy stop dulu beli buku sbb ada few books belum baca. Tapi ada 2 buku dlm radar Sy skrg ni. Salah satunya My Name Is Hasmah.
Deleteammi pun dah mula guna reading glass tapi nampaknya reading glass ni tak sesuai dengan ammi. mata ammi masih belum mampu nak adjust. masih kene jongketkan spec untuk membaca sebab jadi blur semua.
ReplyDelete1st book for this year...rasanya "Kapal Terakhir Di Dunia II" kot.
Satu buku pun blm khatam lg PH he hee
ReplyDeleteCiknur selongkar je buku2 cik suami lama2 tu yg mana rasa nk baca
Tp bila buku agama ni lamaaa sikit sb nk memahaminya tu. maksud tersirat
Sambil kena rujuk jga seorg yg ariff @Guru agama
Betul.la bila mata dah start menunjukkan penurunan penglihatan jarak dekat ni, hahah kita hanya mmapu baca tulisan² besar je🤣🤣 dah mcm bdk tadika baca buku tau... tp kita pun dh lama x baca buku.. mcm SA juga la novel je bersepah² yg blm buka plastik pun masih ada lagi 😅😅
ReplyDelete