Jemputan Sabtu, 15 Syawal;
> Open house Uncle Syed @ Subang
> Kenduri Kesyukuran Naik Haji Acik Kantin @ SG
> Wedding Amir @ PJ Trade Center
Rumah pertama dan satu²-nya jemputan yang Ummi hadiri; kenduri kesyukuran naik haji Acik Kantin.
Ummi ambil juga bihun goreng dan telur rebus. Sebab kenduri rumah Tauke Kantin, nak juga mengimbau kenangan makan makanan ala kantin :D SIL-nya ingat Kakak, suka beli bihun sup masa di SRAI dulu. Kakak memang selalu bagitau bihun sup depa sedap. Adik jarang beli, hari² Walid tapaukan nasi lemak telur rebus di warung tepi sekolah. Di kantin Adik cuma beli air atau keropok lekor gitu je.
Maaf Uncle Syed, kali ni tak dapat penuhi jemputan. Selain jemputan beraya/kenduri ni nak juga selesaikan urusan anak⁴ yang pelbagai macam tu. Jadi, tak dapat nak penuhi semua jemputan.
Sebelah malam, Walid ke PJ Trade Center untuk meraikan majlis perkahwinan Uncle Amir, bekas rakan sekerja di SEB dulu. Jemputan terhad untuk Walid seorang je. Cenderahatinya dapat cookies, diletakkan dalam pouch bag yang cantik.
Abang pun tak nak kalah, pergi beraya;
1. Rumah cikgu Add Math @ Kuang
2. Rumah Adli @ Batu Caves
Lega Ummi, gantung kuali le jawabnya :)
Seronok dapat gantung kuali.
ReplyDeleteMeriah lak tu makanan. Alhamdulilah rezeki
Meriah hadir open house tu hujung minggu ramai la buat open house.
ReplyDeleteCantik beg uncang tu, boleh guna semula untuk simpan benda kecik.
ReplyDeleteAlang2 gantung senduk sekali... hehehe
ReplyDeleteWeekend mmg banyak la orang buat open house raya. Untung siapa yg dapat jemputan sbb boleh gantung kuali 🤭
ReplyDeleteSabtu lepas mmg full.. setel je tusyen terus ke open house dan malamnya ramah-tamah KRT taman pulak
ReplyDeletemeriah tu dpt beraya ;) memang tak pyh masak2 sbb boleh mkn kat tempat jamuan ajer! cute lah pouch utk cookies tu
ReplyDeletePart seronok gantung kuali. Hehe. Saya Sabtu baru ni 3 majlis dan pergi ketiga-tiganya. Malam dah letih sangat2.
ReplyDeleteSeronok ni dpt gi byk kenduri & open house =D
ReplyDeleteSedapnya makan kenduri. Betullah tu, kadang tak semua tempat sempat nak pergi.
ReplyDeleteselagi x abis raya sana sini open house time weekend... kenduri kahwin pun sama
ReplyDeletekl raya sebulan....tiap2 minggur mi buat openhouse tk payah masak
ReplyDeleteSemalam first time SA gantung kuali dan piyuk bagai...hehehehe...
ReplyDeleteAlhamdulillah...seronok la Ummi gantung kuali..hihihi
ReplyDeletePaling bahagia kalau dapat gantung kuali.
ReplyDeleteSeronoknya banyak jemputan kan.
ReplyDelete