Sunday, 5 April 2026

Kenduri & Open House @ 15 Syawal

Jemputan Sabtu, 15 Syawal;
> Open house Uncle Syed @ Subang 
> Kenduri Kesyukuran Naik Haji Acik Kantin @ SG 
> Wedding Amir @ PJ Trade Center 

Rumah pertama dan satu²-nya jemputan yang Ummi hadiri; kenduri kesyukuran naik haji Acik Kantin. 

Jadi gini la bila close up gambar makanan kan, nampak selambak 😅 

Ummi ambil juga bihun goreng dan telur rebus. Sebab kenduri rumah Tauke Kantin, nak juga mengimbau kenangan makan makanan ala kantin :D SIL-nya ingat Kakak, suka beli bihun sup masa di SRAI dulu. Kakak memang selalu bagitau bihun sup depa sedap. Adik jarang beli, hari² Walid tapaukan nasi lemak telur rebus di warung tepi sekolah. Di kantin Adik cuma beli air atau keropok lekor gitu je. 

Mengutip gula² sebelum balik 😌

Maaf Uncle Syed, kali ni tak dapat penuhi jemputan. Selain jemputan beraya/kenduri ni nak juga selesaikan urusan anak⁴ yang pelbagai macam tu. Jadi, tak dapat nak penuhi semua jemputan. 

Sebelah malam, Walid ke PJ Trade Center untuk meraikan majlis perkahwinan Uncle Amir, bekas rakan sekerja di SEB dulu. Jemputan terhad untuk Walid seorang je. Cenderahatinya dapat cookies, diletakkan dalam pouch bag yang cantik. 

Abang pun tak nak kalah, pergi beraya;
1. Rumah cikgu Add Math @ Kuang 
2. Rumah Adli @ Batu Caves 

Lega Ummi, gantung kuali le jawabnya :) 

16 comments:

  1. Seronok dapat gantung kuali.
    Meriah lak tu makanan. Alhamdulilah rezeki

    ReplyDelete
  2. Meriah hadir open house tu hujung minggu ramai la buat open house.

    ReplyDelete
  3. Cantik beg uncang tu, boleh guna semula untuk simpan benda kecik.

    ReplyDelete
  4. Alang2 gantung senduk sekali... hehehe

    ReplyDelete
  5. Weekend mmg banyak la orang buat open house raya. Untung siapa yg dapat jemputan sbb boleh gantung kuali 🤭

    ReplyDelete
  6. Sabtu lepas mmg full.. setel je tusyen terus ke open house dan malamnya ramah-tamah KRT taman pulak

    ReplyDelete
  7. meriah tu dpt beraya ;) memang tak pyh masak2 sbb boleh mkn kat tempat jamuan ajer! cute lah pouch utk cookies tu

    ReplyDelete
  8. Part seronok gantung kuali. Hehe. Saya Sabtu baru ni 3 majlis dan pergi ketiga-tiganya. Malam dah letih sangat2.

    ReplyDelete
  9. Seronok ni dpt gi byk kenduri & open house =D

    ReplyDelete
  10. Sedapnya makan kenduri. Betullah tu, kadang tak semua tempat sempat nak pergi.

    ReplyDelete
  11. selagi x abis raya sana sini open house time weekend... kenduri kahwin pun sama

    ReplyDelete
  12. kl raya sebulan....tiap2 minggur mi buat openhouse tk payah masak

    ReplyDelete
  13. Semalam first time SA gantung kuali dan piyuk bagai...hehehehe...

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah...seronok la Ummi gantung kuali..hihihi

    ReplyDelete
  15. Paling bahagia kalau dapat gantung kuali.

    ReplyDelete
  16. Seronoknya banyak jemputan kan.

    ReplyDelete