Salah seorang Pengarah syarikat konsortium ni jemput kami sekeluarga ke Majlis Ukhuwah Aidilfitri yang diadakan di Kompleks Amaniah Batu Caves. Lepas Zohor Ummi Walid 'lari' sekejap ke majlis ni. Abang tunggu rumah, sebab kawan²nya kan datang beraya... Tak seronok juga tak penuhi jemputan ni, sebab jemputan peribadi.
Tak ambil nasi, tapi Ummi ambil lauk dan lemang. Sebelah lemang tu rendang kerang, sedap ya amat! Lemang pun cukup lemaknya, mantap. Orang kata lemang paling sedap ialah lemang hujung Syawal. Betullah kot, sebab lemang ni sedap betul :D
Bawah buah tembikai tu pula masak lemak labu, campur pucuk² apa Ummi tak tahu tapi sedap sangat. Ummi ratah² je.
Kemudian pekena laksa, kongsi dengan Walid. Masa ambil laksa tu pakcik vendor tu suruh ambil Mee Kari sekali, package katanya. Ummi tolak dengan baik, sebab kenyang. Dekat rumah dah makan nasi lemak. Niat datang nak tunjuk muka je kononnya...
Laksa tu sedap 👍🏻
Rupanya inilah laksa Imam Ramli yang geng surau selalu sebut² tu. Sambil makan, sambil berbual dengan tuan majlis. Itu yang tahu tu... Dan Ummi perasan juga Imam Ramli tu dok pandang meja kami. Nampak dia bungkus² laksa dan mee kari. Ingatkan nak kemas sebab majlis dah hujung². Tup² IR datang hantar ke meja kami, bagi laksa dan mee kari tu. Allahu Akbar rezeki.
Sukalah Adik, dia dok sebut² nak makan laksa beberapa hari dah sebelum ni. Sebungkus Ummi hantar ke rumah Cik Leha, peminat laksa jugak tu.
Dekat majlis ni juga Ummi pertama kalinya kenal kuih Bamban Jagung. Kuih tradisional Negeri di Bawah Bayu. Mungkin Kak Amie atau Cg Etuza kenal kuih ni. Kuih ni dibungkus macam lepat. Pembalutnya kulit jagung tu sendiri. Rasanya seakan² rasa puding jagung; ada rasa jagung tu sendiri, rasa lemak dan manis .
No comments:
Post a Comment