Dek kerana sibuk memenuhi jemputan rumah terbuka/kenduri di musim raya, Sabtu lepas barulah berkesempatan jemput kawan² Gexxin Abang datang ke rumah. Asalnya nak buat makan² raya je, tapi tukar niat buat kenduri kesyukuran. Syukur Abang dah habis satu fasa ie sekolah menengahnya. Result SPM pun alhamdulillah memuaskan.
Teringat arwah Tok dulu, apa² pencapaian kami adik beradik peroleh; khatam Quran, dapat kerja, graduate dll arwah Tok suka buat pulut kuning sedekah dekat jiran². Ummi cuba hidupkan semula amalan tradisi Tok ni.
Seawal jam 6.30 pg, Ummi dah mula memasak. Masak rendang ayam 2 ekor, nasi lemak ±4kg, mee goreng 3 bungkus dan buat kuah Mee Kari (menu standby)
Pertama kali Ummi masak nasi banyak gitu sekali gus, atas dapur gas. Sebelum ni guna pressure cooker/rice cooker. Leceh kena masak banyak kali. Jadi, kali ni Ummi beranikan diri masak sekali gus. Alhamdulillah ikut tips di YouTube, elok hasilnya.
Nasi lemak, rendang ayam, sambal tumis bilis, telur rebus dan timun. Menu ni kawan² Abang yang requested. Depa tak boleh move on dengan nasi lemak Ummi haha... Lagi satu, depa nak mee goreng. Beres :) Dua menu ni Ummi pernah bawa ke asrama, depa suka.
Aleesya ni ahli Geng Main yang termuda :D
Kemudian kawan² Abang mula sampai. Ada yang parents dropped off, naik Grab dan paling ramai naik motor la... Masing² dah ada lesen. Yang bawa kereta pun ada. Dah besar belaka :)
First batch yang sampai ni Ummi minta depa buat tahlil ringkas. Semua pun al hafiz, kita tumpanglah berkat depa ☺️
Antara yang hadir... Kali ni tak seramai tahun 2024. Ada yang dah kerja (part time), yang ada hal keluarga dsbnya.
Peminat setia nasi lemak Ummi, yang tengah² tu siap nak tapau haha ... Tapi tak jadi sebab nak balik jauh lagi, Kajang sana.
Selain kawan² Abang ni, Adik pun nak juga jemput besties dia. Ummi jemputlah 4-5 keluarga. Budak² baya ni mesti datang ditemani keluargalah kan...
Selain tu, tetamu lain Cik Ayu & Aqil serta Uncle Akmal. Majlis ni sampai pukul 1 je. Alhamdulillah semuanya selesai menjelang pukul 3. Tapi, kawan² Abang ni depa lepak sampai lepas Asar. Yang bestnya, pakat ulang makan nasi :)
Tetamu kali ni lebih kurang 50 org. Penat tu kurang sebab prep awal, masak awal (sejukbekukan sambal tumis, rendang) dan sumbangan tenaga Abang. Part bantuan Abang ni memang banyak meringankan kerja Ummi. Selain cuci mencuci ayam dan cuci rumah, air pun Abang jaga. Ais habis ke, air dah kurang ke semua dia handle. Terima kasih Abang ❤️
Alhamdulillah rezeki menerima tetamu yang ramai. Makanan yang dihidangkan semua pun menyelerakan. Ahli tahfiz belaka ye. Semoga cemerlang dunia akhirat semuanya. Langsung KSarie teringin nak makan nasi lemak PH๐
ReplyDeleteSelesai dah hajat buat kenduri kesyukuran. Tahlil pun pun sesama depa. Kawan² Abang ramailah ya duduk area berhampiran tu yang boleh datang.
ReplyDeleteAlhamdulillah, selesai sudah kunjungan tetamu ke rumah dengan penuh keberkatan menjamu mereka..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Selesai majlis. Saya ingatkan PH buat semalam rupanya Sabtu minggu lepas.
ReplyDelete