Beli lemang sempena Raya 6, takde rendang apa kita cicah dengan susu pekat je. Sesetengah orang rasa pelik kan, tapi bagi Ummi dan kebanyakan orang Kedah biasa kot. Aisyah anak Che Ta (Rozita Che Wan) pun makan lemang cicah susu pekat juga. Geng :D
Lemang ni beli di Jalan Gombak - Bentong. Batu 10 kot sini. Masih failed dengan sempadan tempat² ni. Batu 7, 8, 9, 10 semua tu Ummi tak hafal. Bagi landmark barulah pandai cari tempatnya.
Harga lemang serendah RM15. Dekat area rumah kami paling murah RM20. Sedap Lemang Seri ni. Abang suka sebab ada 'kepala lemang'; bahagian atas sekali dimana lemak² santan berkumpul. Lemak dan masin² rasanya. Arwah Tok Wan dulu pun suka bahagian ni. Nanti lalu sini lagi, bolehlah beli lagi In Sha Allah.
No comments:
Post a Comment