Monday, 9 March 2026

Solat Jumaat @ Surau IJN, KL

Selesai discharged di Pusrawi tempohari,  Walid dan Abang ke Surau IJN (Insitut Jantung Negara) untuk solat Jumaat. Memandangkan IJN ni berhadapan dengan Pusrawi, jalan kaki sajalah untuk ke sini. Alhamdulillah tak perlu rushing nak cari masjid, sebab time discharged ni dah tengahari. Tahu sajalah, tengahari Jumaat sesak lebih dari biasa. Jalan Tun Razak ni pula tak pernah sunyi dari kenderaan. 

Suraunya di rooftop. Berbumbung dan berhawa dingin 👍🏻 Cuma takde carpet

Baguslah ada surau Jumaat di IJN ni. Mudah sangat untuk Muslimin yang bekerja atau berurusan di sekitar sini untuk solat Jumaat. Ummi share sini untuk makluman bersama. Mungkin ada keluarga/waris pesakit yang tak biasa dengan tempat ni dapat juga tahu. 


16 comments:

  1. betul tu PH, surau IJN kat roof top dan PZ pernah takbir hari raya kat surau ni...selama PZ kat IJN temankan Mak Pah dulu, beberapa kali PZ azan jugak...kenangan betul...kenangan beraya dengan Mak Pah di IJN 2016 ke 2017 kalau x salah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke? Baru tahu arwah Mak Pah pernah warded sini. PZ pergi mana pun pandai bawa diri kan, salute 🫡

      Delete
    2. ye..arwah mak buat bypass kat IJN 2016, lepas tu 3 bulan warded situ sebab komplikasi, luka pembedahan bernanah sebab ada kencing manis kan...lambat heal...berumah tangga la kami semua kat IJN..siap beraya kat IJN lagi...dah jadi macam rumah kedua plak...

      Delete
  2. Eh jap, did i miss anything? Siapa tg discharge?

    ReplyDelete
    Replies
    1. My husband buat minor surgery hari tu Ammi. Ada benjol dekat kepala, remove benjol tu la. Alhamdulillah everything went well 🤲🏻

      Delete
  3. Tq untuk info walaupun tidak menetap di KL.

    ReplyDelete
  4. Jalan Tun Razak jam 4 pagi pun ada kereta...

    ReplyDelete
  5. Tempat tumpuan ramai orang ada kemudahan surau yang boleh solat Jumaat tu memang another level la.

    ReplyDelete
  6. Bagus ada kemudahan surau yang boleh buat solat jumaat kat situ

    ReplyDelete
  7. Bermakna ada usaha murni menyediakan kemudahan solat itu usaha sangat bagus..dirahmatiNya

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah. bagus sgt ada kemudahan gitu. hati pun tenang dpt solat

    ReplyDelete
  9. takyah susah2 staff nak solat jumaat jauh2 kan

    ReplyDelete
  10. Surau di rooftop...wah ala-ala penthouse ni ye. Sure menarik sebab lepas solat boleh tengok pemandangan sekejap. Semua tempat kalai ada surau memang terbaik sebab memudahkan semua orang

    ReplyDelete